
Empat calon bertanding di Jasin
JASIN 5 November – Parlimen Jasin bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ia membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Pejuang.
Mereka yang sah bertanding ialah Datuk Roslan Ahmad (BN-UMNO), Datuk Mohd Daud Nasir (Pejuang), Datuk Harun Mohamed (PH) dan Zulkifli Ismail (PN).
Pengumuman rasmi calon bertanding dibuat Ketua Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Parlimen Jasin, Rahizi Ranom di Dewan Platinum Politeknik Merlimau, hari ini.
Terdahulu, suasana perkarangan pusat penamaan calon Parlimen Jasin itu meriah dengan sorakan dan laungan kata-kata semangat oleh para penyokong parti bertanding.
Antara yang mencuri perhatian ialah gelombang biru penyokong BN yang menggamatkan suasana menerusi gema sorakan dan nyanyian lagu ‘Inilah Barisan Kita’.
Kelihatan penyokong memberikan kata-kata semangat kepada calon BN Parlimen Jasin, Datuk Roslan Ahmad yang diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh.
Kesemua penyokong menunjukkan taat setia mereka apabila sanggup menunggu proses penamaan calon selesai dari jam 7.30 pagi sehingga kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TANJUNG BIDARA JADI PENTAS SENI, BUDAYA MELAKA
TANJUNG BIDARA 20 September - Tanjung Bidara menjadi pentas seni dan budaya menerusi penganjuran Festival Seni Selat dan Sungai Melaka...
WRUR: TERIMA KASIH BERSAMA SAYA UBAH CARA KERAJAAN DEKATI RAKYAT
TANJUNG BIDARA 20 September - Kejayaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) menjelajah kesemua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka...
PINTU KERAJAAN, TELINGA KEPIMPINAN MELAKA TIDAK PERNAH DITUTUP
TANJUNG BIDARA 20 September - Perjalanan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang merentasi kesemua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN)...
WRUR: RAKYAT MELAKA PUAS HATI KONSEP WAKIL RAKYAT TURUN PADANG
TANJUNG BIDARA 20 September - Pendekatan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang membawa wakil rakyat dan jentera Kerajaan Negeri...
WRUR: 5,170 ADUAN RAKYAT DITERIMA, 73.29 PERATUS SELESAI
TANJUNG BIDARA 19 September - Sebanyak 5,170 aduan rakyat diterima sepanjang pelaksanaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di seluruh...
WRUR: 2,300 RAKYAT MEMERLUKAN DISANTUNI, TERIMA BANTUAN RM345,000
TANJUNG BIDARA 19 September - Seramai 2,300 penerima disantuni secara langsung menerusi bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepanjang pelaksanaan Program...

