
Exco siasat dakwaan harta karun Pulau Nangka hilang
AYER KEROH 13 Okt – Exco Warisan Datuk Muhammad Jailani Khamis sedia menyiasat sekiranya benar berlakunya kehilangan harta karun yang ditemui di Pulau Nangka seperti didakwa, baru-baru ini.
Beliau bagaimanapun, menyifatkan dakwaan yang dilaporkan Sejarawan Negara, Prof Datuk Dr. Ramlah Adam itu perlu disahkan terlebih dahulu sebelum tindakan selanjutnya diambil.
“Macam inilah, saya tak nak spekulasi, saya akan tengok dahulu betul-betul dan sebagai orang Islam saya perlu sahkan apa jua dakwaan.
“Kalau ia (harta karun hilang) benar-benar berlaku saya akan ambil tindakan selanjutnya,” katanya dalam sidang media di Pejabat Bahagian Promosi Pelancongan di Kota Cemerlang, hari ini.
Semalam, Dr. Ramlah yang juga bekas Pengurus Besar PERZIM mendakwa terdapat kepingan syiling emas yang ditemui di Pulau Nangka tidak sampai ke Jabatan Muzium Melaka.
Ia sekali gus menimbulkan persoalan sama ada wujud ‘tangan-tangan ghaib’ yang tidak amanah dalam menguruskan penemuan harta karun di pulau tersebut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WARGA EMAS TERLANTAR TERHARU DISANTUNI MAIM
AYER MOLEK 14 Mei - Kehidupan seorang warga emas yang terlantar akibat angin ahmar menjadi antara lembaran kisah yang membuktikan...
BANTUAN PERSEKOLAHAN NYALAKAN SEMANGAT 241 ANAK ORANG ASLI JASIN
ASAHAN 14 Mei - Seramai 241 murid dan pelajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli daerah Jasin menerima bantuan persekolahan sumbangan...
PENGANGGUR MAUT, RAKAN CEDERA DISERANG KETIKA JUAL BELI PERISA ‘VAPE’
JASIN 14 Mei - Seorang penganggur maut manakala rakannya cedera selepas dipercayai diserang menggunakan senjata akibat perselisihan faham dalam kejadian...
‘RIDE’ PALING BERGAYA DI MENARA TAMING SARI, AHAD INI
BANDA HILIR 14 Mei - Menara Taming Sari bakal mencuri tumpuan ramai pada 17 Mei ini apabila bakal menjadi lokasi...
‘KAMI MAHU BERUBAH, ENGGAN HIDUP TERASING’
MACHAP JAYA 13 Mei - Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli (KOA) Machap Jaya tidak mahu terus dilihat terasing,...
50 PROGRAM WARNAI WRUR KOTA LAKSAMANA
BANDARAYA MELAKA 14 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana tampil dengan pendekatan...
