Festival kraf bantu usahawan jana pendapatan

Masa Membaca:56 Saat

PENGKALAN BATU 8 Mac – Lebih 30,000 pengunjung dijangka akan menghadiri Festival Kraf Kebangsaan 2023 (FKK2023) peringkat negeri Melaka yang berlangsung selama tujuh hari.

Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraf Malaysia Cawangan Melaka Nur Ithnani Ilyana Alias berkata, festival bersempena Hari Kraf Kebangsaan (HKK) Ke-20 itu berlangsung dari 7 hingga 13 Mac.

“Pusat beli-belah Aeon Bandaraya antara lapan pasar raya seluruh negara yang terpilih menjayakan sambutan HKK dengan mengadakan festival jualan ini.

“Sepanjang seminggu berlangsung FKK2023 ini, kita sasarkan nilai jualan daripada 17 gerai mengambil bahagian adalah sebanyak RM200,000,” katanya ketika ditemui tapak FKK2023 di Aeon Bandaraya, di sini, semalam.

Menurutnya, keaslian produk yang setiap satunya mempunyai identiti tersendiri akan menjadi tarikan kepada pengunjung untuk singgah ke FKK2023.

Katanya selain produk dari Melaka seperti Batik Melaka, terdapat juga jualan barangan dari luar seperti Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri Sembilan.

“Pelbagai barangan kraf yang terdapat di sini antaranya seramik, batik, kraftangan dan produk berasaskan kayu jati,” katanya.

Ujar Nur Ithnani Ilyana, penganjuran festival ini secara tidak langsung memberi peluang kepada usahawan kraf memasarkan produk keluaran mereka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2590
Kongsi :
Previous post Menang ‘Yamaha NVX Limited Edition’ macam kena ‘prank’
Next post Kesihatan mental, inisiatif bantu pembeli rumah pertama antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Ubah saiz-+=