Fokus capai 250,000 penerima vaksin fasa kedua

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 11 April – Kerajaan Melaka memohon sebarang aktiviti jabatan dan agensi kerajaan negeri menyediakan kemudahan pendaftaran bagi mencapai sasaran 250,000 penerima suntikan vaksin fasa kedua yang bermula 19 April ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat ini hanya 39.3 peratus atau 275, 213 rakyat di negeri ini mendaftar bagi fasa kedua program vaksinasi itu.

Katanya, jumlah itu masih berada pada tahap yang rendah kerana ia berpunca tindakan orang ramai yang masih menunggu pendaftaran di saat akhir bagi fasa berkenaan.

“Saya menyeru kepada orang ramai supaya terus mendaftar dan kepada NGO (pertubuhan bukan kerajaan) ataupun jabatan serta agensi bagi membantu untuk membuat pendaftaran khususnya kepada mereka yang tidak tahu bagaimana cara untuk mendaftar.

“Keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri minggu lepas telah menetapkan semua program-program dan majlis kerajaan sehinggalah ke peringkat JPKK (Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung hendaklah disertakan dengan pendaftaran vaksin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Majlis Perasmian Sambutan Hari Kesihatan Sedunia peringkat negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata, kaedah itu sekali gus dapat menarik lebih ramai rakyat di negeri ini untuk mendapatkan suntikan vaksin fasa kedua.

“Semoga dengan kaedah ini orang ramai akan mendaftar dan angka peratusan akan naik tidak berapa lama lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

378
Kongsi :
Previous post Ideas on Civilization: The Homeland Basis for Malaysia’s National Culture
Next post Hubungan UMNO-PAS masih baik – Mohamad Hasan
Ubah saiz-+=