
Forensik Bukit Aman periksa rumah Zalina Azman
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata bagaimanapun hasil pemeriksaan tidak menemukan sebarang petunjuk bagi perkembangan siasatan kes itu.
“Pemeriksaan pada kira-kira 10 pagi tadi dilakukan bagi mencari jika terdapat bukti-bukti baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Polis menerima laporan mengenai kehilangan Zalina, 58, daripada anak lelakinya Mikhael Norman, 33, pada 29 Nov tahun lepas yang cuba menghubunginya sejak 24 Nov bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.
Polis percaya Zalina masih berada di dalam negara susulan tiada pergerakan keluar membabitkannya yang dikesan pihak berkuasa setakat ini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SPM 2025: KECACATAN FIZIKAL TIDAK HALANG ANAK ORANG ASLI RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG
MELAKA, 31 Mac - Kecacatan fizikal pada bahagian kiri badan sejak lahir tidak menjadi penghalang kepada pelajar Orang Asli Nur...
MELAKA PERUNTUK RM1.2 JUTA LAKSANA PROGRAM PUPUK PERPADUAN RAKYAT
MELAKA, 1 April - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Melaka menerima peruntukan khusus sebanyak RM1.2 juta daripada Kerajaan...
RUMAH TERBUKA BANTU PENIAGA KECIL JANA PENDAPATAN
TABOH NANING 1 April - Bagi bagi rakyat khusus daripada keluarga kurang mampu penganjuran rumah terbuka amat dinanti-nantikan kerana itu...
KERAJAAN KEKALKAN BANTUAN BUDI DIESEL RM300 SEBULAN UNTUK APRIL – MOF
KUALA LUMPUR 31 Mac - Kerajaan mengekalkan bantuan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pada kadar RM300 sebulan untuk April ini...
PERATUSAN CALON SPM MELAKA LAYAK TERIMA SIJIL MENINGKAT
ALOR GAJAH 31 Mac – Pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bagi Negeri Melaka menunjukkan peningkatan membanggakan apabila 97.07...
KAMPUNG DIGITAL MUDAHKAN URUSAN, PENDUDUK DUYONG PUJI USAHA KERAJAAN NEGERI
DUYONG 28 Mac – Pelaksanaan Kampung Digital di Perkampungan Hang Tuah disifatkan sebagai langkah tepat dalam memudahkan urusan harian penduduk....

