Gagal kawal amarah, tekanan punca kes dera

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

PENGKALAN BATU 2 Oktober – Sebanyak 88 kes penderaan kanak-kanak direkodkan Jabatan Kebajikan Maysarakat (JKM) Negeri Melaka bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Kalsom Noordin berkata, statistik dikeluarkan JKM itu membimbangkan dan langkah menanganinya perlu diambil segera bagi mengelakkan kejadian lebih serius berlaku.

“Daripada 88 kes diterima JKM, 51 membabitkan penderaan secara fizikal, manakala bakinya adalah penderaan seksual, setakat ini tidak ada kes penderaan emosi dilaporkan.

“Jumlah kes bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini meningkat jika dibandingkan hanya 17 pada 2021. Gagal mengawal kemarahan, tekanan dan emosi antara faktor menyebabkan kanak-kanak menjadi tempat melepaskan amarah,” katanya.

Beliau berkata, demikian pada sidang media selepas merasmikan Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-Kanak Peringkat Negeri Melaka, di Bachang, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah JKM Negeri Melaka Burhanuddin Bachik dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Melaka, Asisten Komisioner Lim Meng Seah.

“Kes ini berlaku bukan hanya dilakukan ibu bapa, malah turut membabitkan saudara-mara dan juga kakitangan pusat jagaan. Setakat ini 44 kes dilaporkan dibawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2298
Kongsi :
Previous post Bajet 2023: Pekerja mohon ringankan beban kewangan, perkasa ekonomi pasca COVID-19
Next post Indonesia siasat tragedi 129 orang tekorban dalam rusuhan bola sepak, liga digantung seminggu
Ubah saiz-+=