Gagasan idea Ab Rauf lebih kehadapan

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 31 Mac – “Kampung Digital merupakan produk inovasi Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dalam menjadikan Negeri Melaka sentiasa kehadapan,” kata Prof. Madya Dr. Abdul Rauf Ridzuan.

Perkara itu diakui Pensyarah Kanan Sosiologi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka itu terhadap kepimpinan Ketua Menteri yang mahu mengubah landskap negeri ke arah digitalisasi.

Menurutnya, insiatif itu juga jelas membuktikan Ab Rauf bukan hanya memegang jawatan sebagai pemimpin, bahkan mempunyai pemikiran jauh untuk mencorakkan Melaka ke suatu tahap lebih baik.

“Ini satu inovasi yang mana boleh menjadikan Melaka negeri perintis untuk diikuti oleh negeri-negeri lain selepas ini.

“Ditambah pula sekarang sudah banyak platform membeli-belah dalam talian, jadi sistem Kampung Digital ini memang banyak membantu penduduk di kawasan kampung dan pedalaman.

“Seperti kita tahu menerusi inisiatif Kampung Digital ia memudahkan penduduk mendapat alamat rumah mereka lebih tepat, jadi tidak perlu risau lagi selepas ini untuk mencari alamat rumah penduduk itu,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, beliau turut menyifatkan Ketua Menteri sebagai seorang pemikir masa depan yang mempunyai visi dan misi untuk memajukan Negeri Melaka.

“Beliau ada misi dan visi sendiri untuk memajukan negeri ini, daripada sudut inovasi beliau memang sangat kreatif, ada sahaja idea untuk mewajah Melaka.

“Saya rasa dengan adanya sistem ini ia boleh diselaraskan dengan ‘waze’ dan ‘google maps’ bagi mencapai ke arah tujuan atau laluan yang sebenarnya,” katanya.

Malah, beliau turut menyifatkan inisiatif membangunkan domain @Melaka.my sebagai satu lagi langkah kehadapan untuk menuju ke arah negeri digital.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

442
Kongsi :
Previous post ‘Hampir tiada baju raya untuk anak’
Next post UMNO Kota Melaka rai pentadbiran setahun Ketua Menteri
Ubah saiz-+=