UMNO Kota Melaka rai pentadbiran setahun Ketua Menteri

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

TELOK MAS 31 Mac – Kepimpinan UMNO Bahagian Telok Mas, hari ini, meraikan pentadbiran setahun Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Majlis itu diadakan bersempena Iftar Ramadan Bersama Pemimpin Masyarakat Bahagian Kota Melaka di Dewan Komuniti KEMAS Telok Mas, di sini.

Pada majlis sambutan itu, Ab Rauf telah menyempurnakan simbolik memotong pulut kuning sambil diberi tepukan gemuruh kepimpinan yang hadir.

Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dalam ucapannya berkata, kepimpinan di Parlimen Kota Melaka sentiasa menyokong segala usaha dan agenda yang diilhamkan Ketua Menteri.

Beliau yang juga Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri berkata, dalam tempoh setahun pentadbiran, pelbagai perubahan telah dapat dilihat di Negeri Melaka khususnya dalam sektor pelancongan.

“Ini dapat dilihat menerusi penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) yang membawa pulangan ekonomi bukan sahaja kepada sektor pelancongan, bahkan untuk rakyat.

“Sebagai Exco yang dipertanggungjawabkan, saya boleh iktiraf bahawa saya seronok bekerja di bawah kepimpinan Ketua Menteri kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang luar biasa.

“Saya percaya dalam tempoh beberapa tahun lagi, kita akan dapat melihat pelbagai perubahan dan tidak mustahil hasil pendapatan negeri boleh mencecah RM1 bilion dalam tempoh lima tahun lagi,” katanya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

271
Kongsi :
Previous post Gagasan idea Ab Rauf lebih kehadapan
Next post Melaka mahu pastikan tradisi lama terus diwarisi – KM
Ubah saiz-+=