
Geng Ayoi tumpas, tiga lelaki ditahan
KUALA LUMPUR, 22 April – Polis menumpaskan geng Ayoi yang aktif menyamun kedai serbaneka 24 jam di sekitar daerah Hulu Selangor dan Gombak dekat sini selepas menahan tiga lelaki dipercayai anggota kumpulan itu, semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata ketiga-tiga suspek yang berumur 23 hingga 32 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kuang pada 3 pagi dan pihaknya turut merampas motosikal jenama Honda RSX, dua topi keledar, sehelai baju berwarna hitam serta sepasang kasut.
“Semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau membabitkan kes jenayah dan dadah. Ujian air kencing pula mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Tetrahydrocannabinol,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Faizal percaya dengan tangkapan itu polis telah menyelesaikan sembilan kes samun di Hulu Selangor dan Gombak.
Beliau berkata ketiga-tiga lelaki itu direman enam hari bermula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan dadah kepada pihak polis supaya tindakan selanjutnya dapat diambil,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
WRUR ASAHAN: BIMBING USAHAWAN KAMPUNG BERKEMBANG
ASAHAN 7 April - Komitmen berterusan Kerajaan Negeri Melaka dalam membantu usahawan kecil diperkukuh menerusi kerjasama pelbagai agensi, sekali gus...
YB ALONG KONGSI BERITA GEMBIRA, 18 KEDIAMAN ORANG ASLI DIBERI WAJAH BAHARU
ASAHAN 8 April - Kediaman sudah uzur menjadi tempat berteduh 18 keluarga di empat penempatan masyarakat Orang Asli di Dewan...
WRUR ASAHAN: TAK PERLU LAGI PANJAT BUKIT CARI ‘LINE INTERNET’
ASAHAN 7 April - Inisiatif Kerajaan Negeri menyediakan WiFi percuma di Kampung Orang Asli (KOA) membawa perubahan besar kepada kehidupan...
WRUR ASAHAN: PBT DISARAN PERLUAS PENDEKATAN ZIARAH KASIH KEPADA KOMUNITI
ASAHAN 7 April – Pendekatan ziarah kasih oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran diperluaskan kepada komuniti sebagai usaha menyantuni lebih...
WRUR ASAHAN: IBU TUJUH ANAK BINA LEGASI ROTI CANAI ASAHAN
ASAHAN 7 April - Wanita berhati besi, adalah gelaran yang sesuai bagi menggambarkan wanita pemilik nama Usahawan Norliza Arshad, 43....
WRUR ASAHAN: HAMPIR 2,000 PENDUDUK DI 14 KOA MELAKA NIKMATI WIFI PERCUMA
ASAHAN 7 April - Kerajaan Negeri memperluaskan inisiatif WiFi percuma di semua 14 Kampung Orang Asli (KOA) seluruh Melaka yang...

