Gilap potensi ekopelancongan Jasin

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 1 Februari – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Rosemanizam Mohd Nalif@Zawawi berhasrat untuk membangunkan kawasan ekopelancongan, sekali gus membantu penduduk luar bandar di kawasan pentadbirannya menjana pendapatan.

Katanya selepas dilaksanakan nanti peniaga kecil dan penjaja sekitar Jasin akan turut sama menikmati kepesatan pembangunan ekonomi Negeri Melaka.

Rosemanizam berkata beberapa perancangan dimulakan mantan Yang Dipertua MPJ, Datin Sapiah Haron akan diteruskan dalam usaha mempelbagaikan lagi sumber pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu.

“Selain menaif taraf kemudahan, peniaga kecil juga perlu diberikan pendedahan agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

“Kita akan lihat bagaimana untuk memjayakan matlamat ekopelancongan berdasarkan undang-undang kecil yang MPJ ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melafaz sumpah sebagai Yang Dipertua MPJ yang baharu berkuatkuasa hari ini di hadapan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di Bilik Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Seri Negeri, di sini.

Bekas Ketua Penolong Setiausaha Kanan Kerajaan, Unit Kerajaan Tempatan (UKT), Jabatan Ketua Menteri Melaka itu berkata jika dahulu beliau lebih banyak berurusan berkaitan dasar.

Namun pelantikan ke jawatan baharu itu memerlukan dia lebih kerap turun ke lapangan untuk berurusan dengan masyarakat.

Katanya bagi memastikan hasrat mengekalkan kebersihan Negeri Melaka terlaksana, isu tempatan termasuk berkaitan haiwan ternakan akan menjadi fokusnya.

“Undang-undang sedia ada akan digunakan untuk memastikan Negeri Melaka kekal bersih, ceria dan menjadi tumpuan orang ramai,” katanya

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1877
Kongsi :
Previous post Teliti semula etnik Rohingya terbabit dalam aktiviti perniagaan – Shadan
Next post Tindakan lebih komprehensif tangani banjir di Alor Gajah
Ubah saiz-+=