Golf Baba Nyonya Caddy Open 2023 tarik 120 penyertaan

Masa Membaca:1 Minit, 48 Saat

AYER KEROH 13 September – Penganjuran kali kedua pertandingan Golf Baba Nyonya Caddy Open 2023 di, Ayer Keroh Country Club (AKCC), di sini, semalam, berlangsung penuh kemeriahan dengan disertai 120 peminat golf seluruh Negara.

Pengurus Besar AKCC Junaidi Sulaiman berkata, pertandingan dibahagian kepada kategori lelaki (Baba) dan wanita (Nyonya) itu dianggap menarik kerana membabitkan peserta dalam kalangan kedi dan kakitangan kelab golf seluruh Malaysia.

Katanya, bukan sahaja meriah malah semua peserta menunjukkan kemahiran masing-masing dan perlawanan berlangsung amat sengit.

“Wakil Kelab Golf Diraja Perak akhirnya dinobatkan sebagai juara Kategori Baba manakala wakil Kelab Golf Tasik Puteri, Rawang, Selangor pula johan Kategori Nyonya.

“Juara pertandingan membawa pulang piala kejohanan dan wang tunai, secara keseluruhan lebih 20 hadiah turut ditawarkan. Sepanjang kejohanan berlangsung enam hadiah ‘novelty’ dan empat hadiah ‘Hole-In-One’ turut disediakan.

“Apa yang menariknya menerusi penganjuran ini semua peserta bukan sahaja dapat mempamerkan ‘skill’ masing-masing, apa yang lebih penting mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain,” katanya.

WhatsApp Image 2023-09-12 at 15.12.42
Pengurus Besar AKCC Junaidi Sulaiman ketika berucap sempena pertandingan Golf Baba Nyonya Caddy Open 2023

Menurutnya, AKCC dijadualkan menjadi tuan rumah bagi beberapa lagi kejohanan golf dan perancangan itu selaras hasrat Kerajaan Negeri untuk mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) pada tahun hadapan.

Junaidi berkata, AKCC berhasrat untuk menjadikan kejohanan Golf Baba Nyonya Caddy Open 2023 sebagai acara tahunan, khusus setiap kali sambutan Bulan Kebangsaan dan pada masa yang sama mempromosikan TMM2024.

“Antara kejohanan dijadualkan berlangsung adalah AKCC Par 3 Challenge dengan sasaran seramai 140 peserta. Apabila adanya pertandingan sebegini kita dapat menarik orang luar untuk ke Melaka bukan sahaja bermain golf tetapi melancong. Ia secara tidak langsung dapat membantu merancakkan lagi industri pelancongan Melaka,” katanya.

Menurutnya, sempena TMM2024 AKCC turut membuka tawaran istimewa apabila menyediakan Keahlian VM Golf dengan harga serendah RM1,500 sahaja kepada pemain golf yang berminat.

“Selain itu juga AKCC kini giat menjalankan kerja pembersihan dan mengindahkan kawasan hutan sekitar untuk dijadikan tarikan baharu bagi penganjuran pelbagai aktiviti lain termasuk riadah,” katanya.

WhatsApp Image 2023-09-12 at 15.13.15
ANTARA peserta yang terlibat.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1321
Kongsi :
Previous post Pembaca berita Nightline Raymond Goh meninggal dunia
Next post 40,000 dijangka hadir ke Jelajah Jualan Rahmah Mega
Ubah saiz-+=