
Pembaca berita Nightline Raymond Goh meninggal dunia
KUALA LUMPUR, 12 Sept – Pembaca berita Nightline TV3 Muhammad Zaman Goh Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Raymond Goh, 62, meninggal dunia pagi tadi selepas diserang penyakit angin ahmar.
Keluarga Allahyarham Muhammad Zaman Goh dalam kenyataan hari ini berkata solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail di sini selepas solat asar dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini.
“Dengan rasa dukacita dan berat hati, kami mengumumkan pemergian Raymond Goh @ Muhammad Zaman Goh Abdullah yang telah menyentuh kehidupan ribuan orang di negara ini.
“Sekali lagi, keluarga Raymond ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan dan mereka yang memberi sokongan atas kasih sayang yang diberikan semasa tempoh mencabar ini,” kata isteri Goh, Faridah Teh dan keluarga dalam kenyataan itu.
Pembaca berita veteran itu yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam dunia penyiaran sebelum ini kritikal selepas diserang penyakit angin ahmar dan dimasukkan ke sebuah hospital di Petaling Jaya, Selangor pada 30 Ogos lepas.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BALAI ISLAM MAIM PERKUKUH PERANAN SEBAGAI PUSAT IMARAH, BINA MASYARAKAT
ALOR GAJAH 1 Oktober - Bahagian Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berpotensi besar untuk terus diperkasakan sebagai pusat...
ADUAN PENGGUNA: KPDN MELAKA SIASAT DALAM 24 JAM
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyasarkan setiap aduan pengguna yang...
BELI RUMAH I-MOLEK, MENANG BESAR
AYER MOLEK 1 Oktober - Impian memiliki kediaman strategik bertukar menjadi rezeki besar buat pembeli i-Molek Rumah Bandar (Town House)...
KPDN PERKUKUH EKOSISTEM PERNIAGAAN PATUH DI MELAKA
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka memperkukuh agenda pematuhan peniaga dan...
MELAKA MEMBINA MASA DEPAN MARITIM LEBIH HEBAT
KUALA LINGGI 1 Oktober - Komitmen untuk memperkukuhkan lagi perkembangan industri maritim di Melaka diterjemahkan menerusi perjanjian persefahaman (MoU) yang...
‘BLACK PANTHER’ COMEL PENYERI BAHARU ZOO MELAKA
AYER KEROH 1 Oktober - Zoo Melaka terus mencatat perkembangan positif dalam usaha pemuliharaan hidupan liar apabila seekor anak harimau...
