
Graf jangkitan kes COVID-19 menunjukkan trend melandai – PM
PUTRAJAYA 15 Jun – Keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh berjaya mengelakkan berlakunya peningkatan kes-kes baharu secara lebih mendadak atau ‘exponential surge of new cases’.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat unjuran sekiranya PKP tidak dilaksanakan kes harian COVID-19 di negara ini boleh mencecah lebih 13,000 kes dan seluruh sistem kesihatan akan runtuh.
“Namun alhamdullilah, dengan pelaksanaan PKP Fasa Pertama ini kita dapat menyaksikan graf jangkitan kes COVID-19 telah mula menunjukkan trend melandai.
“Dengan mencatatkan 4,949 kes semalam berbanding 9,020 kes pada 29 Mei lalu iaitu kes harian tertinggi yang dicatatkan di negara kita,” katanya.
Beliau berkata demikian pada perutusan khas Pelan Pemulihan Negara : Peralihan Fasa PKP Secara Berperingkat, di sini hari ini.
Jelasnya, sistem kesihatan negara juga masih mampu menampung kes-kes baharu di samping mencatatkan jumlah pesakit sembuh yang tinggi.
“Ini menunjukkan tindakan yang diambil oleh kerajaan telah membuahkan hasil, ‘we have avoided a catastrophe’,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BERANI BERDEPAN ISU PRINSIP YB ALLEX
KESIDANG 17 Jun – Tidak berselindung di sebalik jawatan dan protokol, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo...
WRUR TELOK MAS: PBT BUKAN SEKADAR PEMUNGUT CUKAI
TELOK MAS 17 Jun – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak seharusnya dilihat hanya sebagai pemungut cukai, sebaliknya pihak pemudah cara...
WRUR TELOK MAS : ‘TOK AJAK’ MAHU ZIARAH 100 RUMAH
TELOK MAS 17 Jun – Dari rumah ke rumah, suara dan keluhan penduduk akan terus disantuni menerusi Program Ziarah Kasih...
TOKONG 178 TAHUN JADI NADI KOMUNITI CINA TELOK MAS
TELOK MAS 17 Jun – Berusia 178 tahun, Tokong Cheng Wah Keong bukan sahaja kekal sebagai antara rumah ibadat tertua...
ANAK TANJUNG BIDARA TERIMA KOMPUTER RIBA SUMBANGAN ‘TOK RAUF’
TANJUNG BIDARA 17 Jun - Sumbangan komputer riba yang disampaikan sendiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjadi...
ILMU KEIBUBAPAAN PANDUAN PENTING BUAT BAKAL IBU
TELOK MAS 17 Jun -Setiap wanita menunggu kelahiran cahaya mata perlu mempersiapkan diri daripada aspek fizikal, emosi dan mental yang rapi...

