Hanya 24 positif COVID-19, bukan 120

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

SEREMBAN 14 Jun – Dakwaan bahawa 121 pekerja syarikat konsesi dan sisa pepejal, SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) positif COVID-19 seperti ditularkan di aplikasi WhatsApp hari ini adalah tidak benar.

Pengurus Besar Korporatnya Mohd Norlisam Mohd Nordin ketika menjelaskan perkara itu berkata, sebaliknya hanya 24 pekerja syarikat itu saja disahkan positif dan mereka sudah menjalani kuarantin.

Katanya, pihaknya bekerjasama rapat dengan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban demi memastikan semua pekerja terbabit menjalani rawatan kesihatan sewajarnya.

Katanya, perkara itu turut dimaklumkan kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) bagi tindakan susulan.

“Pihak pengurusan SWM Environment juga mengambil tindakan pantas bagi mengawal dan menghentikan penularan wabak tersebut dengan melaksanakan sanitasi setiap hari pada semua kenderaan kutipan sisa pepejal serta jentera pembersihan awam termasuk pejabat operasi di seluruh Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, tular berita kononnya SWM mengesahkan 121 pekerja syarikat itu positif COVID-19 dan meminta orang ramai memastikan ahli keluarga dan pembantu rumah berhati-hati dan menyahkuman tong sampah ketika mengendalikan pembuangan sampah.

Menurut kenyataan tular itu, orang ramai turut diminta berhati-hati dengan pekerja SWM Environment yang melakukan kerja pembersihan memotong rumput di kawasan penempatan.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya memohon kerjasama orang ramai supaya tidak menyebarkan berita yang tidak sahih mengenai pekerja SWM Environment bagi mengelakkan timbulnya situasi cemas dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai boleh menghubungi saluran komunikasi awam SWM Environment di talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7422 atau talian Whatsapp di 012-618 0082 untuk mengemukakan sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan SWM Enviroment.

Dalam pada itu, Mohd Norlisam berkata, pihaknya akan melaksanakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam seperti biasa di lapan kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu.

“Perkhidmatan itu dilaksanakan seperti biasa mengikut jadual ditetapkan oleh kerajaan sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) yang bermula 1 hingga 14 Jun dan bersambung hingga 28 Jun ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

825
Kongsi :
Previous post ‘Geng Bhai’ aktif pecah tapak binaan ketika PKP membabitkan kerugian setengah juta ringgit tumpas
Next post Fasa 4 program imunisasi diaktifkan untuk kawal kluster tempat kerja
Ubah saiz-+=