Hanya 50 peratus kehadiran pelajar ke sekolah – Radzi

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Kehadiran pelajar ke sekolah secara bersemuka hanya 50 peratus pada satu-satu masa bagi mengurangkan kapasiti pelajar dalam setiap kelas.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, ia termasuklah melaksanakan penggiliran pada setiap minggu di mana setiap murid di dalam kelas dibahagian kepada dua kumpulan.

“Kelas 100 peratus dipecahkan kepada dua kumpulan untuk semua kelas, ini bermakna secara keseluruhan hanya 50 peratus daripada murid akan ke sekolah pada satu-satu masa.

“Had jumlah murid dalam setiap kelas hanya 50 peratus sahaja, sebagai contoh katakanlah kelas tingkatan 5A mempunyai murid 36 orang, maka tingkatan 5A dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 18 orang kumpulan satu dan 18 kumpulan orang dua.

“Minggu pertama murid kumpulan A, kumpulan B secara PDPR, minggu kedua murid kumpulan B ke seklolah secara bersemukan dan kumpulan A di rumah untuk PDPR, begitulah seterusnya pusingan yang akan dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Pengoperasian Sekolah yang bersiaran secara langsung di sini, hari ini.

Jelasnya keputusan itu dibuat setelah melihat sekolah ditutup sekian lama, maka kerajaan menetapkan sebaiknya anak-anak ini kembali ke sekolah.

“Kita dapat mahu memastikan anak-anak ini dapat datang ke sekolah tapi dalam keadaan yang selamat kita bahagikan mereka kepada dua kumpulan.

“PDPR kali ini berbeza kerana guru mengajar di sekolah dan ada murid di rumah, guru-guru akan laksanakan bantu murid-murid buat persediaan di rumah.

“Di sekolah guru akan jelaskan konsep dan topik utama pada murid bahawa minggu hadapan di rumah ini antara perkara atau akan dilaksanakan.

“Guru akan beri garis panduan bahan-bahan boleh digunakan atau disediakan sendiri oleh guru atau sumber lain termasukd dari Televisyen Pendidikan atau khususnya TV Didik kami,” katanya lagi.

Ujarnya, sistem penggiliran tersebut pertama akan mengurangkan jumlah murid dalam kelas sekali gus mengurangkan risiko COVID-19 dalam kelas.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

825
Kongsi :
Previous post Intipati sidang media khas Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin 
Next post Sekolah dibuka mulai 3 Okt berdasarkan fasa PPN dan kaedah penggiliran
Ubah saiz-+=