Sorting by

×

Hapus judi ‘online’ di Merlimau sampai ke lubang cacing

Masa Membaca:54 Saat

MERLIMAU 19 Jan – Pendekatan perang psikologi antara strategi digunakan untuk membanteras aktiviti judi atas talian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, perang psikologi itu bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai kesan buruk aktiviti perjudian.

Setakat ini pihaknya sudah mengenal pasti 10 lokasi titik panas aktiviti itu dan pemantauan berterusan dijalankan.

“Kita gantung kain rentang dan bunting tertera pesanan boleh memberikan kesedaran kepada orang ramai di lokasi strategik sekitar DUN ini.

“Cetakan bermesej manusia tidak nampak tapi Allah nampak dan sebaik-baik rezeki adalah daripada sumber yang halal menimbulkan rasa kurang senang pihak tertentu hingga sanggup merosakkan bunting digantung.

“Saya melihat perkara ini daripada sudut positif dan percaya usaha kita sudah memberikan kesan kepada mereka berkenaan,” katanya ketika ditemui di Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Merlimau, hari ini.

Menurutnya, tugas penguatkuasaan pula dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Operasi perjudian ini dikesan berjalan di premis perniagaan, kedai makan, kaki lima dan dalam kereta,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1215
Kongsi :
Previous post Etika pemakaian: Skirt atas lutut tidak dibenar masuk Seri Negeri
Next post BAM pernah ‘pujuk’ Zii Jia, akan umum keputusan lusa
Ubah saiz-+=