Harap gelembung perjalanan Melaka-Singapura dilaksana tahun depan

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

AYER KEROH 27 Nov. – Pemain industri pelancongan negeri ini masing-masing berharap sempadan antarabangsa kembali dibuka pada suku kedua tahun hadapan menerusi pendekatan gelembung perjalanan antara Melaka dan Singapura.

Menurut Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Sa’ari Basiron, itu antara luahan dari pemain industri negeri ini agar mereka mampu kembali bernafas, memandangkan pelancong dari Singapura merupakan antara yang tertinggi berkunjung ke negeri ini.

“Mengikut rekod, jumlah pelancong antarabangsa tertinggi adalah dari China diikuti Singapura dan Indonesia bagaimanapun kita menyasarkan Singapura disebabkan negara yang paling relevan dan terdekat dalam tempoh penularan ini.

“Singapura dilihat berpotensi bagi melaksanakan gelembung perjalanan ke negeri ini kerana ia merupakan antara negara berpotensi bagi melaksanakan pendekatan ini.

“Malah perkara ini disebabkan pendapatan pelancongan Melaka mencatat angka yang tertinggi dari sudut perbelanjaan pelancong antarabangsa berbanding domestik,”katanya dalam program Diskusi@MelakaTV diadakan di Hotel Ames, baru-baru ini.

Menerusi program bual bicara diadakan kira-kira sejam itu telah disertai oleh empat barisan panel bagi membincangkan hala tuju sektor pelancongan di negeri ini.

Diskusi@MelakaTV yang bertajuk ‘Pelancongan Pasca PKPB:Kemana Arah Tuju Melaka?’ telah dihadiri barisan panel daripada Pengerusi Persatuan Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Goh Hock Gin dan Setiausaha Kehormat Persatuan Hotel Bajet Negeri Melaka (Mybha) Khairul Afnan Zakaria dan Presiden Persatuan Pelancongan Melaka Madelina Kuah Wey Lee.

SETIAUSAHA Kehormat Persatuan Hotel Bajet Negeri Melaka (Mybha), Khairul Afnan Zakeria. Foto MR. Azli

Dalam perbincangan terbabit, Khairul menyuarakan pendekatan gelembung perjalanan dengan membenarkan perjalanan antara negeri-negeri hijau mampu memberi manfaat terutama dalam perkhidmatan perhotelan di negeri ini.

Jelasnya, perkara itu telah disambut baik pemain perkhidmatan perhotelan di negeri ini disebabkan yang kurang menerima sambutan dalam tempoh penularan terbabit.

“Perkara ini sekali gus membawa manfaat kepada pemain industri pelancongan Melaka terutama perhotelan dan perlu merangka strategi lain bagi memasarkan perkhidmatan mereka,”katanya.

Views:

1064
Kongsi :
Previous post Belum 24 jam mencuri dah kena cekup
Next post Malaysia dapat bekalan 12.8 juta dos vaksin COVID-19 tahun depan
Ubah saiz-+=