Harap ‘puteri’ Melaka terus menyala

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 1 Mei – Kemenangan 3-1 keatas Real CJ FC pada perlawanan pertama Liga Puteri Bawah-15 FAM, Sabtu lalu diharap akan memberikan impak positif kepada pemain Negeri Melaka.

Jurulatih skuad wanita bawah 15 tahun Negeri Melaka, Jamil Hassan berkata, kemenangan pada aksi pertama di padang Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya, Selangor itu secara tidak langsung mencerminkan komitmen pemain untuk mencapai sasaran mara ke semi final.

Katanya, beberapa aspek khususnya barisan pertahanan perlu diperkemaskan sebagai persediaan untuk perlawanan kedua nanti.

“Alhamdulillah kita menang perlawanan pertama, pesanan saya kepada pemain jika bermula dengan bagus insya-Allah akan berakhir dengan yang terbaik.

“Boleh saya katakan kejayaan ini adalah atas komitmen pemain sendiri. Ketika mula ditubuhkan saya dapati banyak kekurangan itu memang tidak boleh disangkal.

“Namun atas dasar membawa nama Negeri Melaka barisan jurulatih mencari fomula untuk mencatur kombinasi terbaik atas padang, lega dan gembira kerana semuanya menjadi,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Selepas perlawaman pertama skuad Melaka kini berada pada kedudukan keempat liga dengan tiga mata daripada keseluruhan sembilan pasukan.

Melaka dijadualkan menentang Femi9 FC pada aksi di padang Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya, Selangor 5 Mei ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

629
Kongsi :
Previous post Arkib Nasional Belanda sambut baik kerjasama lengkapkan kajian Hang Tuah
Next post Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus, terbaik dalam sejarah – PM
Ubah saiz-+=