Arkib Nasional Belanda sambut baik kerjasama lengkapkan kajian Hang Tuah

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 1 Mei – Kerajaan Negeri berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan Arkib Nasional (NA) Belanda bagi melengkapkan sumber-sumber dokumen dan artifak berkaitan kajian Hang Tuah serta Kesultanan Melayu Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata kerjasama itu berkaitan kajian manuskrip lama dan bahan sejarah berkaitan Negeri Melaka tersimpan dalam koleksi NA Belanda.

Ketua Menteri yang mengetuai delegasi Kerajaan Negeri bersama kumpulan penyelidik dalam siri lawatan kerja ke negera itu memaklumkan beliau turut tertarik dengan perkongsian sebuah kajian membabitkan manuskrip lama dan bahan sejarah berkaitan Negeri Melaka yang tersimpan dalam koleksi NA Belanda.

“Saya juga tertarik dengan perkongsian sebuah terbitan kajian yang terdapat di NA Belanda bertajuk ‘Dutch Sources on Melaka, 1641-1825: An Archival Guide To The Repositories Holding Dutch Malacca Records’.

“Lawatan ini diakhiri dengan perjumpaan delegasi bersama Pengarah NA Belanda, Afelonne Doek, beliau turut mengalu-alukan kerjasama lanjut dengan Kerajaan Negeri bagi mengkaji sejarah berkaitan Kesultanan Melayu Melaka,” katanya Ketua Menteri menerusi facebook rasmi beliau.

Hadir sama pada siri lawatan itu, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman bersama Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Yang turut hadir adalah kumpulan penyelidik dari Universiti Islam Melaka (UNIMEL); Perbadanan Muzium Melaka Perzim (Perzim) dan Institut Tun Perak (ITP).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

209
Kongsi :
Previous post Daripada pensyarah jadi guru anak istimewa
Next post Harap ‘puteri’ Melaka terus menyala
Ubah saiz-+=