Harga ayam, telur dijangka naik bulan depan

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

SUNGAI RAMBAI – Pengguna perlu bersedia untuk berdepan kenaikan harga ayam mentah dan telur selepas Tahun Baharu Cina, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata, ia berikutan kerajaan akan mengkaji semula harga siling ayam mentah tersebut selepas tamat Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) 4 Feb depan.

Bagaimanapun, katanya satu sesi libat urus antara agensi termasuk Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta penternak akan diadakan bagi membincangkan isu itu demi menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak.

“Kita dah wartakan harga kawalan di peringkat runcit RM9.10 dan kenaikan itu dijangka berlaku .

“Semalam kita bincang bersama persatuan penternak yang mengeluh harga ternakan dan kos operasi mereka dah meningkat sebab pengimportan dedak ayam” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Sungai Rambai di sini, hari ini.

Ujarnya, kementerian bagaimanapun sentiasa mencari mekanisme terbaik bagi memberi situasi menang-menang antara kedua belah pihak.

“Sebab itu kita buat libat urus sebab kita jaga pengguna, kita juga harus jaga peniaga sebab jika mereka tak dapat teruskan operasi, kita pun tak ada bekalan nanti.

“Kita akan lihat sejauh mana kita boleh kawal harga itu…kalau terlalu lama mungkin boleh jejaskan industri penternak ayam.

“Tapi jangan risau, KPDNHEP akan jaga kepentingan pengguna,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1003
Kongsi :
Previous post Sebahagian daripada peruntukan RM20 juta untuk bantu inap desa terkesan banjir
Next post Zoo Melaka perintis pembiakan Harimau Malaya
Ubah saiz-+=