Sorting by

×

Harga minyak masak botol turun serendah RM29

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

REMBIA 30 Julai – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan harga minyak masak botol tidak bersubsidi akan turun dalam masa terdekat.

Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Azman Mohd Yusof berkata, penurunan itu bertitik tolak daripada unjuran semasa minyak sawit mentah (CPO) yang berada pada paras bawah RM4,000 setan.

Katanya, melihat kepada trend itu, harga minyak masak botol lima kilogram (kg) yang sebelum ini mencecah RM40 bakal turun sehingga RM29.

“Apa yang kita buat sebelum ini ialah dengan mengadakan rundingan bersama pihak industri supaya menentukan satu formula penurunan harga lebih cepat tetapi ada average supaya memastikan kos operasi pihak industri tidak terkesan.

“Jadi dengan cara ini kita berbincang untuk memastikan industri selesa dengan penurunan harga dan pada masa sama rakyat juga dapat menikmati penurunan harga itu.

“Kita tengok sekarang ini juga memang ada berlaku penurunan dengan yang terendah pada harga RM29 bagi minyak masak tidak bersubsidi,” katanya.

ALOR GAJAH 30 JULAI 2022. Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman Mohd Yusof (kanan) mengadakan sidang media selepas lawatan sebuah kilang pembuatan mainan kanak-kanak di kawasan perindustrian Alor Gajah. Foto: MR. AZLI

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke sebuah kilang pembuatan mainan kanak-kanak di kawasan perindustrian Alor Gajah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem; Ketua Penguatkuasa KPDNHEP Azman Adam dan Pengarah KPDNHEP Melaka Norena Jaafar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1220
Kongsi :
Previous post Harga siling ayam mentah dijangka tamat – KPDNHEP
Next post Boleh guna tong beli petrol, diesel bawah 20 liter – Hee Sem
Ubah saiz-+=