Hari Belia Negara 2024 sedia pelbagai aktiviti menarik

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

DURIAN TUNGGAL 12 Mei – Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Kebangsaan yang bakal menghimpunkan kira-kira 30,000 pengunjung seluruh negara menawarkan pelbagai aktviti menarik buat semua peringkat umur.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam berkata, setakat ini persiapan bagi sambutan berkenaan giat dijalankan pelbagai agensi terlibat dan kemajuannya telah mencapai 70 peratus.

Jelasnya, kelancaran majlis menjadi keutamaan memandangkan sambutan itu bakal dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, sambutan selama tiga hari bertemakan ‘Yakin Boleh’ di Dataran Pahlawan Banda Hilir itu akan menampilkan pelbagai pengisian aktiviti berdasarkan 10 agenda kerajaan.

“Antara aktitivi menarik yang diadakan akan di adalah seperti Fun Run, Zumbathon, Coffee Corner, pertandingan e-sukan dan konsert HBN.

“Selain itu, turut diadakan pertandingan nazam, pameran autoshow, Pesta Rakan Muda Mudi, Jualan Rahmah FAMA, Jualan Bazar Belia serta pelbagai lagi.

“Malah, pada sambutan itu nanti turut disampaikan beberapa anugerah kepada golongan belia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Melaka International Motorfest & Scooterfest (MotoXFest) yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Litar Motosikal Antarabangsa Melaka (MIMC), di sini, semalam.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Zahari Abd Kalil; Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, Pengurus Besar Panorama Melaka Sdn Bhd, Masrul Faizal Muhamad serta tetamu lain.

Dalam pada itu, Shanmugam berkata, HBN Peringkat Negeri Melaka akan disambut pada 18 hingga 19 Mei di Vista Alamanda dan Stadium Jasin.

“Bagi peringkat negeri kita akan menghimpunkan seluruh belia di Melaka dengan menawarkan pelbagai aktiviti berfaedah demi memperkasa agenda pembangunan belia,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

546
Kongsi :
Previous post Suami isteri sanggup berhabis demi motosikal ‘pink’
Next post Raja Permaisuri Agong berkenan hadiri Majlis Sambutan Hari Ibu
Ubah saiz-+=