Hari Malaysia: Aliran trafik ke Banda Hilir masih lancar

Masa Membaca:56 Saat

BANDA HILIR 16 September – Aliran trafik ke Banda Hilir masih lagi lancar setakat jam 5 petang tadi.

Walaupun beberapa jalan ditutup bersempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2022, namun ia tidak menyebabkan berlakunya kesesakan luar biasa.

Tinjauan Melaka Hari Ini di sekitar lokasi penganjuran mendapati walaupun beberapa tempat dilihat trafik semakin perlahan, namun ia tidak menjejaskan kelancaran lalu lintas di sekitar lokasi.

Kelihatan pengunjung mula hadir ke tapak penganjuran sambutan berkenaan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir.

Sesi raptai persembahan terakhir juga turut diadakan sebelum majlis bermula kira-kira jam 8 malam nanti.

Difahamkan, terdapat pelbagai persembahan dan acara menarik akan dipersembahkan malam ini seperti persembahan muzikal, tarian dan nyanyian artis terkenal tanah air.

Dianggarkan seramai lebih 20,000 pengunjung akan membanjiri Banda Hilir bagi sambutan yang julung kali diadakan di Semenanjung Malaysia ini.

Sambutan malam ini akan dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam; Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; wakil Ketua Menteri Sabah; wakil Premier Sarawak dan lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2645
Kongsi :
Previous post Bayaran fasa 3 dan rayuan BKM bermula Selasa ini – PM
Next post Hari Malaysia: Perkenal kepelbagaian etnik Malaysia
Ubah saiz-+=