Hospital wanita dan kanak-kanak dinanti-nantikan rakyat Melaka – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

DURIAN TUNGGAL 8 Oktober – Peruntukan yang diberikan untuk menaik taraf fasiliti kesihatan termasuk pembinaan Blok Wanita dan Kanak-Kanak Hospital Melaka disambut baik Kerajaan Negeri.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pengumuman itu sebagai suatu yang dinanti-nantikan rakyat Melaka.

Ia berikutan, katanya, pembinaan blok baharu yang akan dikenali sebagai hospital wanita dan kanak-kanak itu dapat mengurangkan kesesakan pesakit di Hospital Melaka.

“Kita menyambut baik dan sangat mengalu-alukan pengumuman pada pembentangan Bajet 2023 mengenai pembinaan hospital wanita dan kanak-kanak yang pertama di Melaka.

“Pembinaan ini dijangka akan dimulakan pada 2025 dan buat masa ini cadangan kita masih di lokasi sama iaitu di Kolej Kejururawat Melaka.

“Pembinaan hospital ini sekali gus dapat mengurangkan kesesakan di Hospital Melaka dan seterusnya memberikan lebih keselesaan kepada pesakit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mewakili Ketua Menteri merasmikan Minggu Haluan Siswa Tuah Gemilang ’22 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Dewan Canselor UTeM, di sini, hari ini.

Hadir sama, Naib Canselor UTeM Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin.

Semalam, Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat mengumumkan peruntukan RM1.8 bilion bagi beberapa projek pembinaan hospital, klinik dan fasiliti baharu, termasuk perolehan peralatan.

Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal, turut gembira dengan pembentangan peruntukan RM420 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pembaikan hospital dan klinik daif serta penggantian peralatan usang.

Menurutnya, di Melaka, terdapat enam klinik daif di kawasan luar bandar yang diharap dapat dinaik taraf dan dimajukan untuk keselesaan pesakit.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2156
Kongsi :
Previous post Bajet 2023 mesra kaum hawa, OKU
Next post Bajet 2023: Lonjak potensi atlet Melaka
Ubah saiz-+=