Bajet 2023: Lonjak potensi atlet Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

LENDU 8 Oktober – Peruntukan khas RM145 juta bagi penyelenggaraan dan menaik taraf kemudahan sukan di seluruh negara, diyakini mampu membantu melonjakkan prestasi atlet termasuk di Negeri Melaka.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), VP Shanmugam, berkata gelanggang adalah antara keperluan utama dalam melahirkan atlet berdaya saing dan berkualiti.

“Pembangunan dan naik taraf yang bakal dilaksanakan nanti kita harap ia mampu menarik lebih ramai orang muda aktif dalam bidang sukan, Negeri Melaka mempunyai pemain sepak takraw dan bola tampar yang berpotensi.

“Jadi kita kena ada fasiliti yang baik untuk mereka berlatih,” katanya ketika ditemui pada Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Melaka 2022 di Kompleks Sukan Masjid Tanah, di sini, hari ini yang dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari, Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Ngwe Hee Sem, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan Adun Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin.

Shanmudam berkata, pembentangan bajet itu juga bersifat inklusif yang mengambil kira pembangunan memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kaum India di negara ini.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana bajet yang dibentangkan ini begitu cemerlang kerana ia dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat dan kaum dengan menyediakan pelbagai peruntukan yang amat tinggi kepada rakyat.

“Disamping itu dalam aspek pembangunan ia juga mengambil kira kestabilan politik yang mampu membawa nama negara ke hadapan bahkan rakyat yang bergerak seiring dengan hasrat kerajaan,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1285
Kongsi :
Previous post Hospital wanita dan kanak-kanak dinanti-nantikan rakyat Melaka – Exco
Next post Bajet 2023: Prihatin, bantu rakyat di semua peringkat – Ab Rauf
Ubah saiz-+=