Hotel MITC tawar pakej menarik

Masa Membaca:2 Minit, 25 Saat

HOTEL Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) telah mengadakan Majlis Minum Petang bersama rakan pada 3 Julai lepas di Gadek Ballroom sebagai antara usaha membangunkan semula perniagaan sempena pasca Covid-19.

Menurut Eksekutif Pemasarannya Nabila Mahat, majlis itu diadakan sebagai dorongan positif kepada industri pelancongan, dalam masa sama memberi aspirasi kepada usahawan lain meningkatkan semangat produktiviti.

Jelasnya, antara lain memajukan industri pelancongan Melaka, seterusnya mempromosikan slogan ‘Melaka is the place to be‘ dan ‘Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia Menggamit Dunia‘.

“Oleh itu pengurusan Hotel MITC sedaya upaya memberi perkongsian menarik kepada tetamu yang hadir tentang promosi yang dijalankan untuk berkunjung ke Melaka mengikut perkembangan semasa dan kehendak pelanggan.

“Sehubungan itu, Hotel MITC menawarkan beberapa pakej antaranya Family Sport Package, Durian Weekend GatewayGolf Package, pakej Kari Kepala Ikan dan pakej Bento Box,” katanya menerusi kenyataan media.

Berikut adalah senarai penuh pakej ditawarkan;

 

1.Family Sport Package

Nikmati penginapan di Hotel MITC dua hari satu malam sambil bermain golf dan boling . Khasnya untuk keluarga yang menginap di Hotel MITC dengan harga RM130 bersih satu malam. Si bapa berpeluang untuk bermain Golf di Ayer Keroh Country Club (AKCC) dengan harga RM130 bersih seorang termasuk ‘buggy’ , insurans dan ‘green fees’ . Ibu dan anak pula berpeluang untuk bermain boling dengan harga yang berpatutan RM8 untuk satu permainan.

 

2.Durian Weekend Gateway

Menginap di Hotel MITC dua hari satu malam dengan harga RM 110 seorang (bilik berdua) atau pilihan lain RM100 seorang (bilik bertiga). Pelanggan berpeluang untuk menikmati durian sambil merasai keindahan suasana dusun Eco De Bem yang cantik dengan potongan diskaun sebanyak 20 peratus dari harga pasaran .

 

3.Golf package

Para pelanggan yang menginap di Hotel MITC akan mendapat harga istimewa untuk setiap kelab golf di Melaka.

Antaranya terdiri daripada Ayer Keroh Country & Golf Club dengan harga RM153.20 seorang, Tiara Melaka Golf & Country Club dengan harga RM160.20 seorang dan Orna Golf and Country Club dengan harga RM130 seorang. Tawaran harga termasuk ‘buggy’, insurans dan ‘Green Fees’ .

 

4.Kari kepala Ikan

Nikmati Kari Kepala Ikan Asahan mengikut pilihan hidangan.

Set A berharga RM78 untuk hidangan dua orang.

Hidangan termasuk kari kepala ikan, taugeh ikan masin, telur dadar, sambal belacan, set nasi putih dan Asahan Delight.

Set B berharga RM98 untuk dua orang makan. Hidangan termasuk kari kepala ikan , ayam cili kering, taugeh ikan masin, telur dadar, sambal belacan, set nasi putih dan Asahan Delight.

Set C berharga RM118. Hidangan termasuk kari kepala ikan, ayam goreng berempah, sambal udang Bemban, taugeh ikan masin, telur dadar, sambal belacan, set nasi putih dan Air Asahan Delight.

 

5.Bento Box

Bento Superior dengan harga RM16. Bento Premium Set dengan harga RM26. Bento Deluxe Set dengan harga RM36.

Promosi ini turut menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah selaras dengan garis panduan pasca Covid-19.

Pada majlis itu, pelbagai aktiviti turut diadakan, antaranya persembahan memasak secara langsung kari kepala ikan, penyediaan Bento Box dan pelbagai makanan lain.

Views:

762
Kongsi :
Previous post Banjir kilat di Jasin terkawal, tiada PPS dibuka
Next post Covid-19: “Ia umpama kiamat kecil bagi semua” – Rahmad
Ubah saiz-+=