Ibu anak 10 bersyukur dapat jimat wang menjelang Aidilfitri

Masa Membaca:1 Minit, 51 Saat

KLEBANG 9 April – Ibu anak 10 antara yang menerima manfaat Butik Rakyat 3.0 Keluarga Malaysia yang dibuka di tapak Pusat Transformasi Luar Bandar (RUTC) klebang sepanjang bulan Ramadan ini.

Rubiah Yaamat, 42, berkata memang setiap tahun dia dan 10 anaknya ternanti-nantikan penganjuran program ini yang mampu membantu dia berjimat banyak setiap kali menjelang Aidilfitri.

Katanya, baju yang ditawarkan juga masih cantik dan kelihatan seperti baharu dan anak- anak pun terlihat gembira apabila dapat baju baharu pada raya nanti.

“Hari ini saya bawa anak empat orang sahaja, dan setiap seorang dapat tiga helai baju, anak yang lain esok atau minggu depan saya bawa untuk ‘shopping’ baju raya.

“Saya cakap pada anak-anak saya, tahun ini kita dapat merasa raya bila masing-masing dapat saya beri baju raya hasil dari Butik Rakyat ini,” ujarnya gembira.

KLEBANG 9 April 2022. Pengunjung, Rubiah Yaamat,42. Foto Iqmal Haqim Rosman

Nada sama turut disuarakan Siti Nuramirah Ithnin, 32, yang tinggal di Batu Berendam dan pertama kali mengunjungi Butik Rakyat itu

Katanya, dia mengetahui program itu menerusi laman Facebook, di mana ada maklumat mengatakan terdapat Butik Rakyat beri percuma baju raya.

“Saya tahu dari Facebook, mereka cakap kat sini ada bagi baju percuma sebab itu kami datang ke sini.

“Baju ini saya ambil dalam lima hingga enam helai untuk buat basahan untuk anak-anak termasuk hari raya punya pun ada,” katanya.

KLEBANG 9 April 2022. Pengunjung, Nurlaila Hanizam, 12 tidak melepaskan peluang memilih pakaian yang diberikan secara percuma sempena Majlis Pelancaran Butik Rakyat Keluarga Malaysia 3.0 di RUTC, Klebang. Foto Iqmal Haqim Rosman

Sementara itu bagi, Noraisyah Ahmad, 32 berkara ini merupakan kali kedua dia berkunjung ke Butik Rakyat tersebut dan mendapati pakaian yang ditawarkan lebih menarik berbanding tahun lalu.

“Tahun ini merupakan kali kedua saya datang ke sini dan saya rasa butik ini benar- benar memberi manfaat buat golongan B40 macam saya, ia bagus untuk meringankan beban rakyat.

“Tahun ini baju-baju yang dipamerkan nampak cantik sikit dan banyak pilihan daripada tahun lepas. Daripada nak beli kan mahal, ini dapat percuma ini kira okaylah, Alhamdulillah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

908
Kongsi :
Previous post Bapa sahkan penyelam remaja sudah meninggal dunia
Next post Permohonan PerantiSiswa dibuka mulai 15 April
Ubah saiz-+=