‘Ibu jom balik rumah’

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

PAYA RUMPUT 20 Mac – ‘Drama air mata’ dan memujuk ibu bapa untuk pulang ke rumah, itu antara ragam murid pra-sekolah pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah, bagi sesi 2023/2024 hari ini.

Bagi menarik minat murid, menceriakan dan memujuk mereka untuk masuk ke kelas guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Kerubong, di sini, menampilkan maskot kartun ‘Mickey Mouse’.

Selain mencuit hati ibu bapa, maskot itu dilihat menenteramkan murid, sekali gus dapat membantu guru mengawal kanak-kanak yang masih lagi ragu-ragu dan kurang yakin.

photo1679271395
Maskot ‘Mickey Mouse’ mengalu-alukan kedatangan murid sekolah sempena Hari Pertama Kemasukkan Sekolah Sesi Akademik 2023/2024 yang bertemakan ‘Gembira Ke Sekolah’ di Sekolah Kebangsaan Kerubong, Paya Rumput. Foto: MR. AZLI

Dengan tema ‘Gembira ke Sekolah’ di SK Kerubong, kehadiran Mickey Mouse itu juga menarik perhatian murid-murid apabila ada yang ingin bergambar bersama maskot itu.

Selain kehadiran maskot, terdapat juga gerbang yang dihiasi bunga-bunga bagi menyambut kehadiran murid-murid.

Terdahulu Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri, Datuk Rais Yasin hadir di SK Kerubong sempena Hari Pertama Pembukaan Sekolah Sesi Akademik 2023/2024.

Untuk rekod kira-kira seramai 1,400 murid-murid yang terdapat di SK Kerubong bagi sesi kali ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2214
Kongsi :
Previous post Masyarakat Orang Asli miliki pengenalan diri menjelang tahun 2023 – JPN Melaka
Next post DUN Johor kini guna istilah pengimbang, ganti pembangkang
Ubah saiz-+=