‘Iftar romantik’ Sungai Melaka

Masa Membaca:2 Minit, 6 Saat

BANDA HILIR 24 April. – Tampil dengan kelainan pada Ramadan tahun ini, Melaka River Cruise (MRC) memperkenalkan pakej Iftar Cruise bagi memberikan pengalaman baharu kepada orang ramai berbuka puasa sambil menyelusuri keindahan Sungai Melaka.

Dengan tawaran harga serendah RM40 bagi dewasa dan RM30 bagi kanak-kanak serta RM35 bagi warga emas dan pelajar, pengunjung bukan sahaja dapat menikmati keindahan malam di Sungai Melaka dengan menaiki MRC, bahkan dapat merasai suasana berbuka puasa romantik di tepi sungai dengan hidangan makanan enak daripada Makan Avenue yang terkenal dengan cendol Kampung Hulu.

NASI Chicken Butter Milk yang menjadi menu berbuka puasa bagi pakej Iftar Cruise.

 

Antara menu yang ditawarkan ialah seperti nasi chicken butter milk ataupun pilihan spageti carbonara dan bolognese yang dipadankan dengan set air berserta kurma.

Malah, pengunjung juga boleh menunaikan solat Maghrib di Masjid Kampung Hulu yang berdekatan dengan lokasi berbuka puasa tersebut.

Melaka Hari Ini (MHI) berpeluang merasai pengalaman itu apabila dijemput MRC dalam satu majlis berbuka puasa bersama media dan penulis blog baru-baru ini.

Penulis buat pertama kalinya diberi kesempatan merasai pakej dua dalam satu, berbuka puasa di tepi sungai dan menikmati keindahan malam Sungai Melaka.

Jujurnya dengan harga ditawarkan, pakej itu cukup berbaloi kerana kami bukan sahaja disajikan makanan enak dan pemandangan memukau, malah layanan warga kerja MRC juga wajar diberikan pujian.

Selain pakej itu, pengunjung juga boleh menikmati satu lagi pakej berbuka puasa menarik daripada MRC iaitu Iftar @ Bot Mendam Berahi dengan harga RM111 seorang dengan maksimum 30 pengunjung pada satu-satu masa.

PENGUNJUNG turut dibawa menyelusuri keindahan Sungai Melaka pada waktu malam.

Dengan pakej tersebut, pengunjung berpeluang berbuka puasa dari atas bot, selain turut dibawa meronda bermula dari Jeti Taman Rempah sehinggalah ke muara Sungai Melaka.

Lebih menarik, pada 1 dan 2 Mei depan, pakej berkenaan akan membawakan penyanyi popular tanah air, Ameng Spring yang akan menghiburkan pengunjung bertuah dengan pakej harga RM2,500 satu meja (10 orang).

Kesemua pakej ini bermula pada 16 Mei dan akan berakhir pada 10 Mei depan.

Bagi mereka yang berminat bolehlah membuat pembelian pakej berkenaan secara ‘walk in’ di Jeti Taman Rempah dan Jeti Muara atau boleh membeli secara dalam talian menerusi www.melakarivercruise.my.

Sebarang maklumat lanjut bagi pakej Iftar Cruise bolehlah menghubungi 011-63806332 (Cik Noraini) atau 014-6601104 (Puan Lam), manakala bagi pakej Iftar @ Bot Mendam Berahi boleh menghubungi 012-9951337 (Wan) atau 017-2360453 (Tira).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1398
Kongsi :
Previous post 49 tahun pukul beduk Masjid Kampung Hulu
Next post Taktik jual daging ‘frozen’ pada harga daging segar
Ubah saiz-+=