
Imarahkan masjid sepanjang Ramadan
AYER MOLEK 24 Mac – Suasana di Masjid Al-Khairiah, Ayer Molek meriah dengan umat Islam termasuk Mualaf yang menunaikan solat Subuh secara berjemaah bersempena Program Singgah Sahur Bersama Mualaf Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, semalam.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, majlis ilmu dianjurkan itu adalah sebahagian daripada program sempena Sambutan Bulan Islam, Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Katanya, majlis ilmu itu dimulakan dengan qiamullail seawal jam 4 pagi, diikuti bersahur beramai-ramai, solat Subuh berjemaah dan diakhiri dengan penyerahan sumbangan kepada 20 mualaf sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek.
“Sepanjang Ramadan banyak lagi program berbentuk ilmu kita anjurkan dan kesempatan yang ada juga digunakan untuk sampaikan sumbangan kepada mualaf serta golongan kurang berkemampuan .
“Program kali ini adalah anjuran bersama bersama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Persatuan Anak-Anak Sabah Melaka (PASMA),” katanya ketika ditemui pada majlis itu.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Khairiah, Mohd Ali Momin dan Pengerusi PASMA Muhammad Idris Singging Abdul Halim.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AHMAD IRFAN GENGGAM ANUGERAH KETUA PENGARAH
SELANDAR 9 September - Pengalaman memimpin rakan pelajar ketika menggalas tanggungjawab sebagai Yang Dipertua (YDP) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej...
‘LEGA SUAMI KEMBALI MAMPU URUS DIRI’
AYER LIMAU 9 September - Perkembangan suaminya Sulaiman Muhammad Kassim, 60, kini mampu menguruskan diri sendiri selepas dua kali mengalami...
SISA DAPUR JADI BAJA, BERPOTENSI JANA EKONOMI KELUARGA
AYER LIMAU 10 September - Pertanian organik dilihat bukan sekadar aktiviti mengisi masa lapang, malah mampu menjadi alternatif kepada masyarakat...
WRUR AYER LIMAU: RESAH SETIAP KALI RIBUT PETIR BERAKHIR, PENDAWAIAN ELEKTRIK UZUR DIGANTI BAHARU
AYER LIMAU 9 September - Risau berlaku litar pintas akibat pendawaian elektrik rumah yang sudah uzur, Muhammad Adlan Hanif Mohd...
ZAKAT PERNIAGAAN RM150,000, TANDA PRIHATIN KEPADA ASNAF MELAKA
KOTA LAKSAMANA 9 September - Komitmen sektor korporat menunaikan zakat terus memberi sinar kepada golongan memerlukan apabila RM150,000 zakat perniagaan...
ZIARAH KASIH DUN AYER LIMAU TAK KIRA MUSIM
AYER LIMAU 9 September - Program ziarah kasih yang dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, bukan sekadar dilaksanakan...
