Indahkan laman dapat hadiah lumayan – MBMB

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 2 November – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menawarkan jumlah keseluruhan Geran Pembangunan sebanyak RM120,000 bagi Pertandingan Laman Indah Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata pertandingan itu melibatkan dua kategori iaitu kategori kampung dan taman perumahan bermula pada 1 November sehingga 30 November ini.

“Pertandingan ini terbuka kepada semua penduduk dalam kawasan taman perumahan dan kampung di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) pentadbiran MBMB.

“Kita harap ramai penduduk yang akan menyertai pertandingan ini kerana hadiah ditawarkan sangat lumayan termasuk hadiah sampingan berbentuk projek yang akan diberikan.

“Penyertaan selepas 30 November adalah terbatal, bagi peserta yang disenarai pendek, pihak MBMB akan membuat semakan ke rumah pada 1 Disember hingga 14 Disember ini, manakala penjurian pada Januari 2024,” katanya kepada Melaka Hari Ini di sini, hari ini.

Katanya, warga bandaraya yang berminat menyertai boleh menghantar permohonan melalui ‘google form’ yang disertakan menerusi kod QR seperti tertera di poster.

“Kategori kampung untuk tempat pertama kita tawarkan hadiah bernilai RM3,000 dengan geran pembangunan, tempat kedua (RM2,000 dan geran pembangunan), diikuti tempat ketiga RM1,000 dan geran pembangunan serta 10 hadiah saguhati bernilai RM500.

“Manakala, kategori taman perumahan tempat pertama diberikan hadiah bernilai RM3,000 dan geran pembangunan, tempat kedua RM2,000 beserta geran pembangunan dan tempat ketiga RM1,000 beserta geran pembangunan,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1090
Kongsi :
Previous post Busana hijau paling laris sempena Deepavali tahun ini
Next post Melaka mohon perkenan namakan Bazar Ramadan Peringgit sempena nama Raja Permaisuri Agong
Ubah saiz-+=