Insya-Allah saya laksanakan tanggungjawab saya

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

TANJUNG BIDARA 2 April – Permasalahan bumbung bocor di Masjid Al Jawahir, Pengkalan Balak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, mendapat perhatian Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Ab Rauf berkata, permasalah itu perlu diatasi kerana Masjid Al Jawahir adalah Masjid DUN untuk Tanjung Bidara dan masjid pelancongan yang menjadi tumpuan pengunjung tempatan serta luar datang bercuti di kawasan peranginan berhampiran.

“Kos bagi membaiki masjid ini adalah RM700,000 dan saya sedang berusaha untuk mendapatkan bajet bagi melaksanakan kerja penambahbaikan itu.

“Insya-Allah ini tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat. Tanggungjawab saya kepada tuan-tuan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Kit Makanan dan Sumbangan Saguhati Golongan Asnaf dan Anak Yatim di Masjid Al Jawahir Pengkalan Balak, di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Wira Md Rawi Mahmud, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Rosli Abdullah dan Pengerusi Masjid Al Jawahir, Roslan Othman.

Terdahulu Ab Rauf menyampaikan sumbangan kepada 51 asnaf termasuk saudara baharu dan 30 anak yatim.

Sementara itu Roslan berkata bantuan disampaikan adalah dalam bentuk tunai RM100 dan barangan keperluan dapur juga bernilai RM100 bagi asnaf, manakala anak yatim menerima bantuan RM150 bagi pembelian baju raya.

“Slogan kami di Masjid Al Jawahir adalah perpaduan dan kebajikan jadi kami sentiasa berusaha untuk membantu golongan kurang berkemampaun, insya-Allah program seumpama ini akan diteruskan bagi meningkatkan lagi syiar Islam,” katanya.

Selain menyampaikan sumbangan pihak pengurusan masjid turut mengagihkan 700 bungkus bubur lambuk kepada penduduk sekitar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1660
Kongsi :
Previous post TH gantung lesen PJH Syarikat Emraz Travel
Next post Bekalan telur cukup menjelang Aidilfitri – FAMA
Ubah saiz-+=