JAKOA rangka program tingkat taraf hidup Orang Asli

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

TABOH NANING 1 Februari – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah merangka pelbagai jenis program dan bantuan bagi pembangunan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli pada Tahun 2023.

Pengarah JAKOA Melaka dan Negeri Sembilan, Shahrani Idderis berkata di Melaka sahaja terdapat 14 perkampungan masyarakat Orang Asli dengan penduduknya seramai 2,057 orang.

Katanya, antara program yang dirangka adalah Program Latihan Kemahiran dalam kalangan masyarakat Orang Asli yang telah habis belajar atau habis sekolah.

“Kita (JAKOA) juga turut menyediakan peluang kerjaya kepada belia-beliawanis Orang Asli, Program Peningkatan Taraf Hidup Orang Asli bagi peningkatan ekonomi kumpulan sasar dan penjagaan kesihatan Orang Asli melalui program yang komprehensif serta banyak lagi,” katanya.

Beliau ditemui media pada Program Cakna Ummah Masyarakat Orang Asli Bukit Payung, di sini, semalam.

photo1675160575
Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Melaka dan Negeri Sembilan, Shahrani Idderis. Foto Iqmal Haqim Rosman

Program yang dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali itu dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa selamat, serta disusuli penyampaian sumbangan kepada 147 penduduk masyarakat Orang Asli Bukit Payung.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning Zulkiflee Mohd Zin; Timbalan Pengerusi MAIM Datuk Wira Md Rawi Mahmud; Timbalan Mufti Negeri Hazarudin Baharudin dan Pengarah JAIM Datuk Che Sukri Che Mat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1852
Kongsi :
Previous post 20 tahun tinggal di pondok, Johari dapat ‘syurga’ baharu
Next post Banjir: Mangsa di Johor dan Sabah meningkat sedikit pagi ini
Ubah saiz-+=