Jangkitan sifar tempatan kali kedua di Malaysia

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Gambar sebiji telur telah dimuat naik Kementerian Kesihatan di Facebook dan Twitter mereka bagi menyatakan jangkitan tempatan sifar COVID-19 dicatatkan di Malaysia semalam, telah mencetuskan satu ‘tarikan’ dalam media sosial.

Ramai yang menyatakan rasa syukur mereka dengan berita tersebut, disamping memberikan penghargaan kepada petugas barisan hadapan atas usaha berterusan mereka tanpa mengenal penat lelah, dalam memerangani pandemik COVID-19.

Pengguna Twitter @bblogasm memberikan komen “I just know yall (you all) had this in the drafts”, manakala @hadi_nor menyatakan “Eggcelent!”.

Semalam Malaysia sekali lagi mencatatkan jangkitan tempatan sifar COVID-19 dengan hanya tiga kes baru dilaporkan, kesemuanya kes import melibatkan rakyat Malaysia yang dijangkiti ketika berada di luar negara.

Pada 1 Julai lepas, Malaysia mencatatkan rekod dengan satu kes baru dan jangkitan tempatan sifar, yang merupakan jumlah kes jangkitan baru terendah sejak 18 Mac.

Bagaimanapun, sehingga vaksin untuk virus tersebut ditemui, adalah penting bagi rakyat Malaysia terus berhati-hati dan mengambil tindakan pencegahan dalam membebaskan negara daripada penyakit merbahaya ini.

Seperti yang pernah dikatakan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysia memerlukan 28 hari jangkitan sifar, sebelum boleh diistiharkan bebas daripada pandemik tersebut.

Sementara itu, dengan situasi semasa COVID-19, kerajaan telah membenarkan empat lagi katogeri pelajar pusat pengajian tinggi untuk pulang ke kampus secara berperingkat bermula bulan ini dan pengambilan penuh pelajar pada Oktober.

Bagaimanapun, pelajar diminta untuk terus mengamalkan jarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri di kampus.- BERNAMA

Views:

308
Kongsi :
Previous post Sambutan tiga bulan Jubli Emas rukun negara dilancarkan
Next post Gambar obor-obor tular boleh jejas pendapatan nelayan
Ubah saiz-+=