JPJ Melaka tutup 7 hari akibat COVID-19

Masa Membaca:55 Saat

BUKIT KATIL 3 Sept – Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka diarah tutup tujuh hari sehingga 10 September depan berikutan terdapat kakitangannya dikesan positif COVID-19.

Pengarahnya, Muhammad Firdaus Shariff mengesahkan premis pejabat itu diarah tutup oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bermula 12.15 tengah hari tadi bagi kerja-kerja sanitasi membendung penularan COVID-19, namun enggan mengulas lanjut mengenai jumlah kakitangan terbabit.

Jelasnya, berikutan itu kesemua perkhidmatan kaunter termasuk kaunter pandu lalu yang dilancarkan terpaksa ditutup seketika dalam tempoh itu.

Menurutnya, kesemua urusniaga di JPJ sehinggalah perkhidmatan kaunter dan penguatkuasaan akan ditutup dalam tempoh berkenaan.

“Setakat ini kerja-kerja sanitasi dan nyahkuman telah dilakukan di bangunan ini malah ujian pengesanan COVID-19 akan dilakukan bermula esok bagi menentukan sama ada operasi pejabat ini akan dibuka dalam tempoh itu atau seawalnya.

“Justeru, JPJ menasihatkan orang ramai menggunakan kaedah lain iaitu secara atas talian bagi urusan pembayaran saman, pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan.

“Malah, mereka juga boleh dapatkan perkhidmatan di kiosk JPJ terletak di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Hang Tuah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1492
Kongsi :
Previous post Pembangunan M-WEZ tidak jejas status UNESCO
Next post Melaka destinasi pelancongan tercantik di Malaysia
Ubah saiz-+=