JPJ rekod kutipan tertinggi RM4.6 bilion

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER MOLEK 16 Disember – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyumbang sebanyak RM4.6 billion kepada negara melalui kutipan hasil dari Januari hingga 11 Disember 2022.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, jumlah kutipan yang diperoleh itu antara yang tertinggi pernah direkodkan pihaknya.

“Pada tahun ini kita sasarkan hasil kutipan sebanyak RM4.12 bilion namun Oktober lalu kita sudah berjaya melepasi sasaran itu.

“Ini menunjukkan berlakunya peningkatan hasil sebanyak 11.91 peratus. Malah berdasarkan peratus kutipan ia menunjukkan sehari JPJ memperoleh kutipan sebanyak RM12 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penghargaan Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia Bersama Media, di Akademi JPJ Tiang Dua, di sini, semalam.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia Muhammad Kifli Ma Hassan dan Pengarah JPJ Melaka Muhammad Firdaus Shariff.

Menurut Zailani, lima kutipan tertinggi yang direkodkan JPJ sehingga Oktober membabitkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dengan nilai RM2.63 bilion, Lesen Memandu Malaysia bRM483 juta dan JPJeBID RM421 juta.

“Ia termasuk juga Bayaran Pendaftaran Kenderaan dengan nilai kutipan RM134 juta dan Bayaran Menyelesaikan Tanpa Perbicaraan dengan jumlah RM119 juta.

“Keseluruhan kutipan ini diperoleh menerusi 66 cawangan JPJ dan 22 Pusat Transformasi Bandar (UTC),” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu pengamal media mempamerkan bakat menembak dalam pertandingan yang diadakan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2008
Kongsi :
Previous post Lori terbabit kemalangan di Gerik gagal audit keselamatan
Next post Tanah runtuh Batang Kali: Lapan maut, 60 ditemukan selamat setakat ini
Ubah saiz-+=