Jualan Keluarga Malaysia beri potongan harga sehingga 50 peratus – KPDNHEP Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 43 Saat

AYER KEROH 15 Dis – Para pengguna di Melaka akan menikmati potongan harga sehingga 50 peratus di bawah Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM).

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Norena Jaafar berkata pelaksanaan program ini sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutama pengguna dalam kalangan berpendapatan rendah.

Katanya, menerusi program berkenaan, pengguna ditawarkan potongan harga bermula 20 hingga 50 peratus.

“Program ini diadakan di lima kawasan melibatkan Tangga Batu di Taman Tangga Batu Perdana, Jasin (Pejabat Parlimen Jasin), Alor Gajah (Tapak Pasar Malam Taman Melaka Perdana), Machap Jaya, Hang Tuah Jaya (Tapak Bazaar Ramadhan Taman Cempaka) dan Kota Melaka (Sekolah Kebangsaan Telok Mas) manakala satu lagi diadakan di Kuala Sungai Baru dua minggu lalu.

“Ia dilaksanakan dua kali sebulan untuk tempoh tiga bulan bermula 4 Dis lalu di enam kawasan, ini juga merupakan usaha pelbagai agensi kerajaan serta pemain industri.

“Diharap program ini menjadi pemangkin kepada masyarakat (pengguna) untuk merancang pembelian dan membuat pilihan yang bijak bagi mengurangkan beban perbelanjaan isi rumah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Program tersebut merupakan kerjasama antara KPDNHEP dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam menangani situasi kenaikan harga barangan ketika ini.

Dalam pada itu, KPDNHEP mengingatkan kesemua peniaga agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan.

“Pegawai penguatkuasa KPDNHEP sentiasa bersedia dan melaksanakan pemantauan bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang berlaku, kekalkan etika perniagaan yang baik dan bersama membantu pihak kerajaan menangani penipuan dan penindasan dalam perniagaan.

“Pengguna juga perlu menjadi mata dan telinga KPDNHEP dalam melaporkan sebarang salah laku berkaitan perdagangan dan juga isu kepenggunaan,” katanya.

Program tersebut turut mendapat kerjasama agensi kerajaan sepertu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), pemain industri sepertu AEON, Mydin, Family Store dan lain-lain.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut dan juga ingin menyalurkan aduan, orang ramai khususnya rakyat Negeri Melaka boleh menghubungi Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) KPDNHEP Negeri Melaka di talian 06-2345869 yang beroperasi setiap hari seawal jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1891
Kongsi :
Previous post 13.1 peratus remaja, wanita B40 tidak mampu beli tuala wanita
Next post Ibu didakwa abai anak lelaki yang maut terjatuh kondominium
Ubah saiz-+=