
Jumlah mangsa banjir di Johor menurun kepada 95 orang
JOHOR BAHRU, 15 Jan – Jumlah mangsa yang terjejas banjir sejak 1 Jan lepas terus menurun kepada 95 mangsa setakat 8 pagi ini berbanding 271 individu, petang semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata hanya tinggal dua daerah masih terjejas banjir, melibatkan lima pusat pemindahan sementara (PPS) dengan Segamat kekal dengan mangsa tertinggi iaitu 83 orang diikuti Tangkak 12 orang.
“Muar telah pulih daripada banjir sepenuhnya semalam apabila PPS terakhir di daerah itu Balai Raya Kampung Jawa telah ditutup petang semalam, selain Sekolah Agama Buloh Kasap dan Balai Raya Kampung Sanglang di Segamat berikutan semua mangsa telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
“Bagaimanapun, penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Bekok, Empangan Bekok di Batu Pahat yang merekodkan tahap waspada dengan trend menaik, diingatkan agar sentiasa berjaga-jaga,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata cuaca di seluruh negeri kini dilaporkan cerah termasuk daerah terjejas banjir.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR TANJUNG BIDARA ‘HIDUPKAN’ WARISAN, DONDANG SAYANG TARIK MINAT ANAK MUDA
TANJUNG BIDARA 15 September - Warisan bukan sekadar untuk dikenang, sebaliknya perlu terus dihidupkan dan diperkenalkan kepada generasi baharu supaya...
WRUR TANJUNG BIDARA: MAJLIS ILMU JADI SANTAPAN ROHANI JEMAAH UJONG PADANG
TANJUNG BIDARA 14 September - Menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola bukan sekadar menyebut nama Baginda, sebaliknya keperibadian dan akhlaknya perlu...
10 MUALAF MAIM SEDANG DIUJI TERIMA ZAKAT WAKALAH RM5,000
PANTAI KUNDOR 14 September - Berdepan masalah kesihatan selain perlu menyara tanggungan keluarga, 10 asnaf mualaf menerima sumbangan zakat wakalah...
SAYANG ANAK DATANG DARI HATI, BUKAN PERANTI – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 14 September - Ibu bapa diingatkan supaya tidak menyerahkan tanggungjawab mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak kepada peranti teknologi,...
15 TAHUN SURAT ‘SESAT’ KE RUMAH JIRAN, KAMPUNG DIGITAL AKHIRI KEKELIRUAN ALAMAT
TANJUNG BIDARA 14 September - Lebih 15 tahun surat dialamatkan kepada keluarganya sering tersalah hantar ke rumah jiran yang terletak...
USIA BUKAN HALANGAN, ‘TOK RAUF’ TERUS BERJUANG UNTUK RAKYAT
TANJUNG BIDARA 14 September - Meniti usia yang bakal mencecah 65 tahun bukan alasan buat Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
