KM tinjau Jualan Keluarga Malaysia di Lendu
LENDU 15 Jan – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, hari ini, meninjau Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Kompleks Sukan Masjid Tanah, di sini.
Ketibaannya disambut Exco Hal Ehwal Pengguna Ngwe Hee Sem dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka Norena Jaafar kira-kira jam 9 pagi tadi.
Dalam tinjauannya, Sulaiman sempat beramah-mesra dengan peniaga serta pengunjung datang ke program berkenaan.
Sulaiman berkata, rata-rata pengunjung yang datang ke program itu berpuas hati kerana dapat membeli barangan dengan harga lebih murah berbanding di pasaran.
Sebanyak 10 gerai dibuka di Kompleks Sukan Masjid Tanah yang menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus lebih rendah.
Antara barangan yang dijual ialah barangan seperti ayam, ikan, telur, sayur-sayuran, buah-buahan, minyak masak, gula, beras dan lain-lain.
Selain Masjid Tanah, PJKM turut diadakan serentak di Tapak Pasar Malam Semabok, Perkarangan Tempat Letak Kereta Stadium Jasin, Tapak Hadapan Klinik Kesihatan Ayer Molek, Taman Pantai Emas Klebang dan Japerun Tanjung Bidara.
PJKM akan diadakan selama dua hari bermula hari ini dan berakhir esok.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
713 PELAJAR MELAKA DAPAT TABLET PERCUMA
AYER KEROH 16 Januari - Seramai 713 pelajar yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 daripada 61 buah sekolah...
BUKA MINDA PELAJARI TEKNOLOGI DIGITAL, FAHAMI PERANAN MPJ
JASIN 16 Januari - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bandaraya Melaka mengadakan lawatan sambil belajar ke Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)...
BERLARI SAMBIL NIKMATI KEHIJAUAN ALAM
MACHAP JAYA 16 Januari - Kehijauan alam semulajadi bakal menemani peserta larian Lestari Run Machap Jaya 2025 yang bakal berlangsung...
AMALAN TURUN PADANG DEKATI RAKYAT
AYER KEROH 16 Januari - Saranan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh supaya penjawat awam mengamalkan konsep turun padang...
MOTAC SIASAT SYARIKAT PELANCONGAN GAGAL TERBANGKAN JEMAAH UMRAH
PUTRAJAYA, 15 Jan - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa...
TIGA MAUT KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI LEBUHRAYA PLUS DI REMBAU
REMBAU, 15 Jan - Tiga maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 226.5 Lebuhraya PLUS Senawang-Ayer Keroh arah utara,...