
‘Jurassic World’ di Ayer Keroh
Oleh: MR. AZLI
AYER KEROH 11 Jun – Bagai berada dalam babak filem Jurassic World. Itu mungkin gambaran tatkala menjejakkan kaki ke Taman Pra Sejarah Ayer Keroh.
Tarikan yang terletak di dalam kawasan Taman Botanikal itu menjadi antara permata tersembunyi yang boleh diterokai orang ramai dan pelancong yang berkunjung ke negeri ini.
Taman tersebut menampilkan beberapa replika haiwan purba yang hidup kira-kira 70 juta tahun dahulu.

Terdapat 15 replika haiwan prasejarah terdapat di taman itu di mana pengunjung juga dapat mengetahui maklumat setiap haiwan yang dikatakan pernah wujud suatu masa dahulu.
Antara replika yang tersedia di taman itu ialah ‘Pteronodon’ (reptilia terbang bersayap), ‘Protoceratops’, mammoth dan lain-lain.
Pengunjung juga berpeluang bergambar di samping replika tersebut dengan berlatarbelakangkan kehijauan alam semulajadi.
Selain itu, terdapat padang berhampiran Taman Prasejarah yang boleh menjadi tempat untuk orang ramak beriadah dan bersantai bersama keluarga.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: RAIS ZIARAH SENIMAN DONDANG SAYANG UZUR
SUNGAI UDANG 2 November - Pernah menghiburkan masyarakat menerusi alunan Dondang Sayang dan keistimewaan berpantun secara spontan, namun kini seorang...
DALAM DIAM TOK RAUF, YB ROSLI BANTU RINGANKAN BEBAN NELAYAN
KUALA LINGGI 2 November - Dalam diam penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah turut memainkan...
MELAKA SUDAH SEDIA 195 STESEN PENGECAS EV
GADEK 2 November - Sebanyak 195 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di 95 lokasi telah disediakan di seluruh Melaka setakat...
NILAI BERDASARKAN PRESTASI, TERUSKAN KESINAMBUNGAN KEHARMONIAN DI MELAKA
TABOH NANING 2 November - Rakyat Melaka diberi mandat untuk menentukan calon bagi mewakili mereka selepas Pilihan Raya Negeri (PRN)...
ISU DALAMAN BN TANGGA BATU SELESAI SECARA KEKELUARGAAN – RAIS
SUNGAI UDANG 2 November - Isu dalaman Barisan Nasional (BN) di Parlimen Tangga Batu yang sebelum ini mencetuskan dakwaan penolakan...
PENGUNDI USIA 80 TAHUN BERSEMANGAT SARAPAN BERSAMA TOK RAUF
TABOH NANING 2 November - Peluang untuk bersarapan bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh menceriakan Fauziah...
