
[DIKEMASKINI] K-KOMM cadang aktiviti perlombongan Kripto, NFT dibenarkan di sisi undang-undang
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata pihaknya akan meneliti cara untuk meningkatkan penglibatan golongan muda dalam aset digital.
“Semua ini di bawah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Bagaimanapun, kita di pihak kementerian ingin daftarkan, sebab ini adalah perniagaan dan program kewangan masa depan, terutama buat anak muda sekarang.
“Kita harap kerajaan dapat dan cuba ‘legalise’ (membenarkan di sisi undang-undang) perkara ini supaya penyertaan anak muda dalam mata wang kripto dapat kita kembangkan dan bantu mereka dari segi penggunaan tenaga dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang-PH) mengenai pendirian kerajaan dan K-KOMM berkaitan perdagangan dalam platform NFT yang semakin menjadi perhatian di Malaysia, terutama bagi kalangan anak muda. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR TELOK MAS: PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR JADI FOKUS TOK AJAK
TELOK MAS 14 Jun - Isu melibatkan penyediaan infrastruktur lebih baik menjadi fokus utama sepanjang berlangsungnya Program Wakil Rakyat Untuk...
WRUR TELOK MAS: CABUTAN LEMBU, KAMBING MOTOSIKAL MENANTI PENGUNJUNG BERTUAH
TELOK MAS 14 Jun - Cabutan bertuah utama menawarkan lembu, kambing dan motosikal menanti pengunjung bertuah hadir memeriahkan majlis penutup...
AJAK SEKAMPUNG FESTIVAL BUKA TIRAI WRUR TELOK MAS
TELOK MAS 14 Jun - Ajak Sekampung Festival 2026 berlangsung di Padang Taman Seri Telok Emas, membuka tirai Program Wakil...
SUNGAI MELAKA LOKASI PERTAMA LUAR CHINA PERKENAL BUDAYA PERAHU NAGA SHUANG RAO
BANDARAYA MELAKA 14 Jun - Sungai Melaka dipilih sebagai lokasi pertama luar China untuk memperkenalkan budaya Perahu Naga Shuang Rao...
PERAHU NAGA SHUANG RAO BUKA TIRAI FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026
BANDARAYA MELAKA 14 Jun - Persembahan Perahu Naga Shuang Rao dipilih sebagai acara pembukaan rasmi Festival Sungai Melaka 2026 yang...
PENGKALAN BATU DUN MESRA KELUARGA, ANAK MUDA
PENGKALAN BATU 14 Jun – Penganjuran Karnival Perpaduan dan Pembangunan Wanita Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu berjaya menjadi platform...
