
KACAU DODOL SEKAMPUNG DURIAN TUNGGAL LUAR BIASA MERIAH
DURIAN TUNGGAL 1 April – Tradisi ‘Kacau Dodol Sekampung’ terus menyemarakkan semangat gotong-royong di Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal tahun ini dengan penyertaan lebih besar bagi menyiapkan sebanyak 20 kawah dodol.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal Datuk Zahari Abd Kalil berkata, program tahunan itu mendapat sambutan luar biasa dengan penglibatan aktif Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta penduduk setempat.
“Bermula 1 Ramadan lalu, setiap kampung dalam DUN ini mengacau dua kawah dodol yang melibatkan sebanyak 10 kampung.
“Dodol yang siap dimasak akan diagihkan ke setiap rumah penduduk bagi menjadikan ia simbolik keceriaan dan kebersamaan.
“Tahun ini kita buat lebih besar, bukan sekadar meneruskan tradisi tetapi juga sebagai usaha menyatukan penduduk,” katanya.
Mengulas lanjut Zahari berkata program ini bukan sekadar menghidupkan warisan tetapi juga mengukuhkan perpaduan masyarakat di Durian Tunggal.
“Inisiatif ini juga turut melibatkan ahli kariah masjid, surau serta NGO di dalam kampung untuk memperkukuhkan hubungan silaturahim antara masyarakat,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
