
Kakak rebah di pusara adik
AYER LIMAU 9 Oktober – Seorang wanita ditemui rebah ketika menziarahi pusara adiknya di Tanah Wakaf Lubok China, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi, Suhaidzra Abd Zahar, 46, ditemui tidak sedarkan diri oleh orang ramai sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Lubok China dan disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa yang merupakan kerani di sebuah pejabat peguam di Seremban 2 kerap menziarahi pusara adik lelakinya yang meninggal dunia pada 4 November tahun lalu.
Katanya, sewaktu kejadian mangsa memandu kereta sendirian dari Seremban 2 untuk balik ke Kampung Lubok China dan singgah ke tanah wakaf itu.
“Semasa berada di kubur arwah adiknya saksi melihat mangsa tiba-tiba rebah dan dengan bantuan orang ramai mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Lubok China dan telah disahkan meninggal dunia.
“Jenazahnya telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan siasatan polis tidak mengesan sebarang unsur jenayah.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘KUIH BANTAL, LEPAS MAKAN TERUS RASA NAK TIDUR’
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Bagi mereka baru pertama kali menjamah kuih bantal, pasti menyangka nama yang unik itu adalah...
BUKAN SEKADAR ILMU, MAIM BANTU ANAK ASNAF BINA JARINGAN MASA DEPAN
BUKIT KATIL 16 Oktober - Peluang membina jaringan kenalan baharu menjadi antara manfaat yang ingin diketengahkan menerusi Himpunan Bitara Majlis...
TOK RAUF TUNAI SOLAT JUMAAT DI MASJID JAMEK TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tanjung...
JEREBU UJI ‘ABANG RIDER’, PITSTOP JADI TEMPAT BERLINDUNG
BANDARAYA MELAKA 16 Oktober - Ketika jerebu mengaburkan pandangan dan menjejaskan keselesaan, penunggang p-hailing tetap perlu berada di jalan raya demi...
TOK RAUF KERAP TURUN PADANG, PASTIKAN BALAI NELAYAN SIAP IKUT JADUAL
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Perkembangan projek balai nelayan baharu Pasir Gembur, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, sentiasa dipantau oleh Ketua...
MeSRa: MELAKA PASTIKAN KEMUDAHAN AWAM SELESA, PACU TENAGA MASA DEPAN
AYER KEROH 15 Oktober - Daripada penyediaan ruang rehat khusus untuk pekerja p-hailing hingga pembangunan ladang solar terapung berskala mega,...
