
Kakitangan Perangkaan Pahang maut kereta bertembung lori
KUANTAN, 3 April – Dua kakitangan Jabatan Perangkaan Pahang maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung lori di Kilometer 55 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin di Pekan hari ini.
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata kejadian berlaku pada 8.30 pagi dan mangsa Ruzana Mohamad Agin, 50, dan Suhaizan Abdullah, 41, disahkan maut di lokasi kejadian.
Ruzana beralamat di Perumahan Dato Shahbandar manakala Suhaizan dari Kampung Bentan, Kuala Pahang, kedua-duanya di Pekan, difahamkan dalam perjalanan atas urusan kerja di Rompin.
“Kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta Perodua Myvi yang dipandu Ruzana dari Pekan ke Rompin terbabas semasa mengambil selekoh akibat jalan licin lalu memasuki jalan bertentangan dan bertembung dengan lori yang tidak dapat mengelak kerana jarak yang terlalu dekat,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Mohd Zaidi berkata pemandu lori berusia 44 tahun tidak mengalami kecederaan.
Jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: TOK JEZ DIKENALI SUKA BANTU PENDUDUK
SUNGAI RAMBAI 10 November - Calon Barisan Nasional (BN) N.28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambat amat dikenali penduduk kawasan...
PRN MELAKA: PENGUNDI MUDA MAKIN BIJAK ‘REPORT CARD’ CALON JADI UKURAN
AYER LIMAU 10 November - Pengundi muda kini dilihat semakin matang dan kritis dalam menentukan pilihan pada Pilihan Raya Negeri...
HAMPIR 90 PERATUS ADUAN WRUR MACHAP JAYA SELESAI
MACHAP JAYA 10 November - Hampir 90 peratus daripada 200 aduan rakyat yang dikumpulkan menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat...
KESEJAHTERAAN EMOSI WANITA PERLU DIBERI PERHATIAN
KLEBANG 10 November - Suri rumah tidak seharusnya memendam tekanan emosi atau memaksa diri untuk sentiasa kelihatan kuat sehingga mengabaikan...
GELOMBANG BIRU SEMAKIN MENGUAT, SOKONGAN KEPADA CALON BN TERUS MENINGKAT
AYER LIMAU 10 November - Momentum sokongan terhadap calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Masjid Tanah menunjukkan perkembangan semakin...
PRN MELAKA: JENTERA BN ‘JANGAN TIDUR’, TERUS PERHEBAT GERAK KERJA
DUYONG 10 November - Jentera Barisan Nasional (BN) perlu terus mempergiatkan gerak kerja sehingga saat akhir kempen Pilihan Raya Negeri...
