Karate sasar tiga emas di Sukan SEA Kemboja

Masa Membaca:52 Saat

AYER KEROH 3 Mei – Kontinjen karate negara menyasarkan tiga pingat emas di temasya Sukan SEA 2023 Kemboja yang akan membuka tirai 5 Mei ini.

Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Wira Nur Azmi Ahmad berkata, sasaran itu diletakkan pada kategori Kumite wanita dan lelaki serta individu.

Katanya, pada kejohanan tersebut, Malaysia menghantar seramai 21 atlet menerusi pelbagai kategori untuk sukan karate.

“Pada kejohanan kali ini, pasukan (atlet) yang dihantar lebih kepada pembangunan atlet.

“Kejohanan kali ini melibatkan team development, iaitu 60 peratus atlet pelapis dan 40 peratus atlet senior yang menyertai kjohanan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Replika Cek Kejohanan Karate Asia ke-19 di Pejabat Yang Di-Pertua Negeri, Seri Negeri, di sini hari ini.

Hadir sama, wakil penaja utama kejohanan terbabit, Pengarah Urusan Kumpulan The Roof Realty Sdn Bhd, Datuk Dr Nicholas Yap.

Terdahulu, replika cek tersebut disampaikan oleh Nicholas kepada Nur Azmi disaksikan Yang di-Pertua Negeri merangkap Penasihat MAKAF Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4401
Kongsi :
Previous post Air balang laris musim panas
Next post Dua anggota bomba cedera ketika operasi padam kebakaran kilang
Ubah saiz-+=