Sorting by

×

KEBERSIHAN PASAR AWAM MELAKA MEMUASKAN

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

BANDA HILIR 6 Jun – Kempen Membasmi Infestasi Tikus 2026 antara usaha berterusan dilaksanakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini termasuk Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam memastikan kebersihan semua kemudahan pasar awam berada pada tahap terbaik.

Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, kempen dilaksanakan bukan sekadar ‘memburu’ tikus tetapi memperkasakan peranan komuniti berhubung isu haiwan berkenaan.

“Peranan komuniti amat penting kerana dapat membantu PBT mengurangkan risiko berlakunya penularan penyakit bawaan tikus. Pada masa yang sama kita mahu meningkatkan kesedaran berhubung isu ini dalam kalangan orang awam dan peniaga.

“Setakat ini kebersihan semua pasar awam di Melaka berada pada tahap memuaskan, PBT menerusi Bahagian penguatkuasaan sentiasa menjalankan pemantauan, jika ada isu timbul tindakan segera akan diambil,” katanya kepada Melaka Hari ini.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan Program Penutup Kempen Kawalan Infestasi Lalat Tahun 2026 anjuran Majlis Perbandaran Alor Gajah di Dewan Terbuka Felda Tun Ghaffar Menggong, pada Sabtu.

Terdahulu Zulkiflee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning merasmikan Program Kempen Membasmi Infestasi Tikus 2026 di Pasar Wilayah Jalan Tamby Abdullah.

Hadir sama Adun Bandar Hilir Leng Chau Yen, Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman Ahli-Ahli Majlis, ketua jabatan serta anggota MBMB.

Katanya, Pasar Wilayah Jalan Tamby Abdullah dipilih sebagai lokasi kempen berikutan kepadatan penduduk sekitarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

546
Kongsi :
Previous post MIP JADIKAN MELAKA SEBAGAI HAB LOGISTIK STRATEGIK KORIDOR SELATAN
Next post WRUR SUNGAI RAMBAI: RM300,000 NAIK TARAF JETI NELAYAN DARAT