
Kelonggaran SOP individu lengkap dos vaksin diumum selepas Aidiladha
KUALA LUMPUR 19 Julai – Kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi individu lengkap dua dos vaksin COVID-19 dan sektor perniagaan akan diumumkan selepas Hari Raya Aidiladha.
Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini.
Ia perkembangan terbaru selepas pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengenai pertimbangan memberikan kelonggaran tertentu kepada individu yang lengkap menerima dua dos vaksin termasuk kebenaran makan di kedai dan melakukan rentas daerah atau negeri.
Muhyiddin dipetik berkata, beliau meminta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) untuk membuat penilaian semula berhubung prosedur operasi standard (SOP) untuk memberi kelonggaran kepada individu yang lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19.
Berita lanjut menyusul.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SORAKAN TAK RUNTUHKAN BUKIT, JENTERA BN JANGAN LEKA
AYER KEROH 21 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka mengingatkan seluruh jentera parti supaya tidak leka dengan sorakan dan semangat...
RAKYAT MAHU PEMIMPIN BEKERJA, BUKAN SEKADAR TABUR JANJI
AYER KEROH 21 Oktober - Rakyat hari ini semakin matang menilai kepimpinan dan tidak lagi mudah terpengaruh dengan janji manis,...
ORANG BERI AMBIL, UNDI SIAPA ITU HAK RAKYAT
AYER KEROH 20 Oktober - Rakyat bebas menerima sumbangan daripada mana-mana pihak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, namun...
‘SAYA MAHU JADI PULAU, WALAU DIPUKUL BADAI TIDAK HANYUT KE PANTAI’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Oktober - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan pendiriannya untuk terus...
TARIKH UMUM CALON BN MELAKA DITETAPKAN SEMULA
AYER KEROH 20 Oktober - Tarikh sebenar pengumuman calon Barisan Nasional (BN) akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
‘NAK JADI WAKIL RAKYAT, JANGAN TIBA-TIBA TURUN DARI LANGIT’
AYER KEROH 20 Oktober - Sesiapa sahaja yang mahu menjadi wakil rakyat tidak boleh hanya muncul ketika pilihan raya untuk...
