Kelonggaran SOP: Kerajaan kaji data COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

SUBANG JAYA 2 Julai – Kerajaan akan membuat kajian data berhubung kes COVID-19 seluruh negara, bagi mempertimbangkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara, di negeri-negeri yang akan ditentukan kelak.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menerusi Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara sebelum ia diumumkan.

HAMZAH ketika Op Patuh di sebuah kilang.

“Ia dijangka diumumkan esok…daripada data itu kami dapat menunjukkan negeri mana yang boleh dicadangkan, diberi kelonggaran.

“Cadangan ini bertujuan memberikan sedikit kebebasan serta kelegaan…purata kes nasional yang datangnya daripada Selangor, mengakibatkan rakyat rasa terhimpit dengan masalah yang ada,” katanya pada sidang media selepas mengetuai Operasi Patuh (Op Patuh) secara besar-besaran hari ini.

Dalam pada itu, Hamzah berkata Op Patuh besar-besaran bermula hari ini menyaksikan aset Polis Diraja Malaysia seperti dron serta helikopter, mula dikerah di sesetengah kawasan bagi memastikan SOP dipatuhi.

SEBAHAGIAN pekerja kilang yang diperiksa dalam OP Patuh. Foto – KDN.

“Hari ini kita nampak operasi diadakan secara bersepadu dan ia berbeza di kawasan lain, namun fokusnya adalah di Kuala Lumpur dan Selangor. Selain itu, data perincian operasi akan diterima malam ini dan esok saya akan mengumumkannya,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim dan Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Khas) Datuk Mastor Mohd Arif.

Pada operasi itu, sebuah kilang pemesinan dan fabrikasi keluli struktur baja di sini diserbu, setelah didapati melanggar SOP kerana beroperasi, sedangkan ia bukan sektor perkilangan yang dibenarkan beroperasi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

506
Kongsi :
Previous post Agong zahir penghargaan kepada kerajaan Jepun atas sumbangan 1 juta dos vaksin AstraZeneca
Next post Varian Delta di Melaka disyaki sudah menular dalam komuniti
Ubah saiz-+=