Kembara Merdeka Seri Setia bawa mesej cintakan negara

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat
AYER KEROH 10 Ogos – Dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini, pelbagai program telah dirangka Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman berkata, antara program dirangka ialah Kembara Merdeka Seri Setia dijadualkan 19 Ogos ini yang turut melibatkan tiga lagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam Negeri Melaka.
Menurut beliau, program berbentuk konvoi merdeka itu akan dilepaskan sendiri oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan perasmian penutup disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
WhatsApp Image 2023-08-10 at 4.22.43 PM
SHADAN
“Konvoi ini akan dimeriahkan dengan penyertaan 470 peserta yang mana mereka akan menjelajah di kesemua tiga daerah dalam Negeri Melaka iaitu Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah.
“Di setiap ‘check point’ akan diadakan pelbagai aktiviti menarik untuk peserta dan pengunjung yang hadir.
“Objektif utama program ini ialah kita mahu menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan penduduk Melaka ini khususnya anak muda,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Kembara Merdeka Seri Setia itu akan bermula di Dataran Bandaraya MBMB dan bergerak ke Dataran Orang Kampung Merlimau (Jasin), sebelum kembali ke Masjid Al-Alami MITC Ayer Keroh.
Ia kemudiannya bergerak ke Villa D’Acqua Masjid Tanah dan berakhir di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir.
Mengulas lanjut, Shadan berkata, selain konvoi, MBMB juga bakal mengibarkan kira-kira 1,000 Jalur Gemilang di sepanjang jalan.
Ujar beliau, pemilik premis seperti kedai dan rumah kediaman di kawasan pentadbiran MBMB juga diminta bersama-sama menyahut seruan kibar Jalur Gemilang dalam menyemarakkan suasana Bulan Kebangsaan tahun ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1500
Kongsi :
Previous post 15,000 dijangka meriahkan Hari Belia Melaka
Next post JKM Melaka terima lebih 4,000 aduan menerusi kod QR Prih@tinJkmMelaka
Ubah saiz-+=