Kemenangan bukan sekadar pencapaian, tetapi sebuah persahabatan

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 14 April – Buku Menggenggam Nusantara Raya-Pasca COVID-19: Resesi Ekonomi atau Kebangkitan? menjadi pemenang Anugerah Buku Negara 2020/2021 pada Persidangan Industri Kreatif Kebangsaan 2021 baru-baru ini.

Anugerah disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed kepada penulis buku berkenaan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut Tun Perak (ITP), Datuk Dr Sabri Mohamad Sharif.

Menurut Dr Sabri, Buku Menggenggam Nusantara Raya-Pasca COVID-19: Resesi Ekonomi atau Kebangkitan? memenangi anugerah bagi Ketegori Anugerah Khas UNESCO- Kuala Lumpur World Book Capital 2020 Buku Ekonomi dan Masa Depan Nusantara.

“Manakala bagi kategori Buku Umum Terbaik pula, turut menjadi pemenang adalah buku tulisan saya berjudul ‘Generasi Ulul Albab Mewajah Komuniti 5.0 dan Karekter Inovasi Pada Era Industri 4.0’ terbitan Institut Terjemahan dan Buku Negara (ITBM).

“Kedua-dua buku ini diterbitkan pada tahun 2019 dan awal 2020, sewaktu saya bertugas sebagai pensyarah kanan di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM),” katanya di sini hari ini.

Beliau pada masa sama turut berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantunya, memberi dorongan dan semangat sewaktu tempoh mencabar lebih 20 bulan menghasilkan buku-buku berkenaan.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

726
Kongsi :
Previous post Batal pasar Ramadan jika ingkar SOP – KM
Next post Cadang Japerun, agensi kerajaan langgan akhbar MHI
Ubah saiz-+=